Terowong Akan Dibuka Untuk Selesaikan Krisis Air Di Selangor

Terowong Akan Dibuka Untuk Selesaikan Krisis Air Di Selangor

Terowong Akan Dibuka Untuk Selesaikan Krisis Air Di Selangor | Terowong sepanjang 44.6 kilometer yang menjadi sebahagian daripada Projek Pemindahan Air Mentah Pahang-Selangor sedia untuk berfungsi lebih awal daripada jangkaan bagi menyelesaikan krisis air Selangor.

Air mentah dari Sungai Semantan akan dialihkan ke dalam terowong dan disalurkan ke Sungai Langat untuk rawatan di tujuh loji sedia ada.

Pelan luar jangka itu merupakan cadangan daripada jawatankuasa bertindak negara di bawah Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air.

Ia dijangka akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri hari ini (Rabu). Terowong yang hampir siap itu pada asalnya direka untuk menyalurkan air terus ke loji rawatan air Langat 2 yang sudah tiga tahun lewat.

Skim Pemindahan Air Mentah Pahang-Selangor itu melibatkan terowong dan dua loji rawatan air. Cadangan penggunaan terowong itu merupakan tindakan segera Kerajaan Persekutuan bagi meringankan beban 6.7 juta pengguna di Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur yang terjejas sejak Februari.

Menterinya, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili mengesahkan semalam bahawa beliau akan mengemukakan beberapa cadangan disediakan oleh jawatankuasa yang diketuai timbalannya, Datuk Seri Mahdzir Khalid.

“Cadangan penggunaan terowong ini boleh digunakan untuk mengatasi masalah ini,” katanya tanpa memberi butiran lanjut mengenai perkara itu.

Selain itu Ongkili berkata, kerajaan akan menimbang semua langkah yang mungkin untuk menyelesaikan krisis air sebelum keadaan semakin buruk. Tambah beliau, situasi terkini paras air di empangan Sungai Selangor yang membekalkan 60 peratus daripada air mentah ke loji rawatan kini berada pada kadar 37 peratus.

“Jika hujan tidak memasuki kawasan tadahan dalam tempoh dua minggu akan datang, paras air di empangan akan menurun kepada 30 peratus.

“Kerajaan Persekutuan dan dan kerajaan Selangor perlu mencari langkah segera untuk memastikan permintaan air dipenuhi,” katanya.

Difahamkan walaupun rancangan untuk menggunakan terowong berkenaan lebih awal akan diluluskan Kabinet, namun ia dijangka mengambil masa enam bulan untuk dilaksanakan.

“Terdapat beberapa perkara lain yang perlu dipertimbangkan sebelum air boleh disalurkan melalui terowong. Salah satu daripadanya adalah untuk membawa keluar jentera pembinaan serta menjalankan pemeriksaan ke atas strukturnya,” kata seorang pegawai.

sumber

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments