Terbongkar! Pelajar Dirogol Lebih 10 Kali Semasa Cuti Sekolah

budak-sekolah-dirogol.jpg

Terbongkar! Pelajar Dirogol Lebih 10 Kali Semasa Cuti Sekolah |  Nampaknya gejala sosial dan kes jenayah semakin tidak dapat dibendung. Terbaru, Dr Fuh terbaca satu artikel dari laman berita Sinar Harian dimana seorang remaja perempuan berusia 15 tahun dikatakan dirogol sebanyak lebih 10 kali oleh teman lelakinya semasa cuti panjang sekolah baru-baru ini. Ikuti berita lanjut!

Hasrat seorang remaja perempuan berusia 15 tahun untuk berkahwin akhirnya berjaya membongkar perbuatan kejinya bersama pasangan kekasih berusia 27 tahun.

Sumber berkata, remaja berkenaan yang mengenali suspek menerusi laman sosial Facebook selama beberapa bulan bertindak tinggal bersama kekasihnya semasa musim cuti sekolah.

Menurut sumber, bapa remaja berkenaan yang curiga dengan hasrat anaknya itu terkejut apabila anaknya memberitahu perkara sebenar.

“Sebelum ini, remaja perempuan berkenaan memberitahu bapanya yang dia tinggal bersama kawan perempuannya sewaktu cuti sekolah lalu.

“Bagaimanapun, dia menceritakan kejadian malang menimpa dirinya apabila telah dirogol kekasihnya yang bekerja sebagai penjual buah lebih 10 kali selama tempoh cuti berkenaan,” katanya.

Susulan insiden itu, ayah mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Nilai pada Ahad lalu dan suspek berjaya ditangkap di Chembong malam kelmarin.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Mizan Md Dom ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan dan kes kini sedang disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan. – Sumber

Dr Fuh – Dari segi undang-undang Malaysia sudah semestinya lelaki itu bersalah jika laporang yang dibuat adalah benar. Tetapi apa yang hendak Dr Fuh tekankan disini, kedua-dua pihak bersalah terhadap kes ini dan tidak keterlaluan kiranya Dr Fuh mengatakan jika perkara ini benar berlaku, ibu bapa juga patut dipersalahkan kerana tidak memantau anak mereka. Semoga artikel ini menjadi iktibar kepada kita semua dan semoga kita dan keluarga kita dijauhkan dari perkara terkutuk sebegini. Nauzubillah

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments

One thought on “Terbongkar! Pelajar Dirogol Lebih 10 Kali Semasa Cuti Sekolah”

  1. kalau ikut akta di Malaysia nie macam tulah…Kalaupun suka sama suka tetapi remaja masih di bawah umur,Tetap dikira merogol…

    Moga cerita ini jadi iktibar kepada remaja2 yang lain..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge