Terbaik! Ibu Tunggal Bina Rumah Terapung Hadapi Banjir

rumah-rakit-banjir.jpg

Terbaik! Ibu Tunggal Bina Rumah Terapung Hadapi Banjir | Assalamualaikum dan selamat sejahtera Dr Fuh ucapkan kepada semua pembaca yang dikasihi sekalian. Seperti yang kita sedia maklum melalui media arus perdana mahupun media-media sosial, ketika ini banjir besar telah melanda beberapa buah negeri di Malaysia. Banjir di Kuantan Pahang merupakan diantara banjir paling buruk dan tak kurang juga banjir di Johor serta beberapa negeri lain seperti Terengganu dan Kelantan.

Then tadi Dr Fuh terbaca satu berita tentang inisiatif seorang ibu tunggal membina rumah rakit yang mampu terapung dan mampu melindungi barang-barang berharga dari dirosakkan oleh kesan banjir. Hebat makcik ni. Ikuti laporan penuh dibawah ini.

Baca – Langkah Dan Tips Keselamatan Ketika Banjir

Seorang ibu tunggal dari Kampung Paya Garuk sanggup menghabiskan RM4,000 untuk membina sebuah rumah rakit bagi menempatkan barangan dan harta benda daripada ditenggelami air setiap kali musim banjir tiba.

Hanisah Mat Sarif, 45, berkata, dia membina rumah rakit itu sejak tahun 2005 bagi persediaan awal untuk menghadapi banjir yang berlaku di kampung mereka.

Menurutnya, dia yang berniaga kecil-kecilan di kampung itu perlu membuat rumah rakit itu kerana tidak sanggup mengalami kerugian besar setiap tahun akibat banjir.

“Apabila tiba musim tengkujuh saya akan simpan semua barangan rumah termasuk peralatan elektrik dalam rumah rakit ini. Alhamdulillah, usaha dan inisiatif saya ini mampu menyelamatkan harta benda daripada musnah akibat banjir.

“Saya juga jadikan rumah rakit ini sebagai tempat perlindungan kerana rumah saya dinaiki air,” katanya.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Jerantut Feri, Sabri Kamaludin berkata, walaupun ibu tunggal itu menjadikan rumah rakit itu sebagai tempat perlindungan tetapi dia perlu juga dipindahkan ke pusat pemindahan banjir.

Menurutnya, ini kerana ia melibatkan keselamatan selain perlu mendapatkan bantuan banjir yang disediakan kerajaan. – Sumber

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge