10 Tempat Terbaik Untuk Aktiviti Terjun Udara

terjun udara di jumeira dubai

10 Tempat Terbaik Untuk Aktiviti Terjun Udara | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Teacher Muja bukanlah seorang yang sukakan cabaran. Teacher Muja lebih suka menaip di depan komputer, tetapi kalau diberi peluang untuk membuat aktiviti terjun udara, pasti tidak mungkin dilepaskan.

Terjun udara terkenal sebagai salah satu jenis sukan yang berbahaya di dunia walaupun Teacher Muja rasa, ia tidak bahaya. Jika kita teringin untuk membuat aktiviti ini secara berseorangan, kita boleh menghadiri program latihan yang diadakan di zon terjun udara yang berlainan, tetapi terdapat juga pusat terjunan pelancong yang tidak memerlukan latihan dan pelatih akan terjun bersama-sama.

Apabila kita sudah berjaya melakukannya, kita pasti akan teringin untuk melakukannya lagi dan lagi kerana perasaan yang dirasai semasa berada di udara tanpa apa-apa perlindungan adalah perasaan yang terbaik. Jadi, di bawah adalah senarai 10 tempat terbaik untuk aktiviti terjun udara. Manalah tahu ada yang berminat untuk melakukan aktiviti yang sangat mencabar ni. Sementara usia masih remaja, apa salahnya.

Hawaii

terjun udara hawaii

Apabila kita berada di udara, kita dapat melihat seluruh pulau yang pastinya memberikan perasaan yang hebat. Tambah pula, Hawaii adalah salah sebuah tempat paling cantik di dunia. Pasti menarik!

Padang Pasir Namib, Namibia

terjun udara di namib

Padang pasir luas yang kosong dan cantik membuatkan kita berasa seolah-olah berada di puncak dunia. Corak yang terhasil daripada udara di atas pasir kelihatan sangat menakjubkan dari udara.

Jumeira, Dubai

terjun udara di jumeira dubai

Terjun dari udara dan melihat pokok sawit Dubai mungkin pemandangan terbaik yang wujud. Pulau Jumeira sangat cantik dan terjun udara di sana adalah wajib bagi yang meminati sukan terjun udara ini. Pastinya ramai penerjun yang bermimpikan pengalaman ini bukan?

Air Terjun Victoria, Zambia

terjun udara di victoria fall

Air Terjun Victoria adalah salah sebuah kawasan air terjun yang terbesar di dunia. Terjunan dari udara di atasnya pada ketinggian 6000 kaki sememangnya menyegarkan dan hebat. Pemandangan air terjun ini dari udara pastinya jauh lagi cantik daripada pemandangan dari daratan.

Pantai Diani, Kenya

terjun udara di pantai diani

Pantai Diani, Kenya dipercayai merupakan salah sebuah pantai yang paling cantik di muka bumi. Yang paling penting, pada setiap bulan November, akan diadakan festival Boogie di pantai itu dimana kita boleh melakukakan terjunan udara dengan harga $100 sahaja.

Sao Paulo, Brasil

terjun udara di sau paulo brazil

Sau Paulo adalah sebuah bandar cantik di Brazil yang terletak berdekatan dengan Lautan Atlantik. Dipercayai salah sebuah tempat yang paling baik untuk aktiviti terjun udara kerana kecantikan dan cuacanya. Perlumbaan F1 selalunya dilakukan di bandar ini. Manalah tahu kita berpeluang menontonnya dari udara.

Gunung Everest, Nepal

terjun udara

Apa lagi yang lebih mencabar berbanding jatuh dari zon terjunan tertinggi di dunia. Gunung Everest adalah kawasan terjun udara yang paling cantik dan paling mahal. Terjunan udara dari puncaknya memakan belanja sebanyak $35000 untuk ketinggian 29500 kaki.

Interlaken, Switzerland

terjun udara di interlaken switzerland

Switzerland dikatakan negara tercantik di dunia. Jadi, kita boleh bayangkan sendiri bagaimana hebatnya perasaan apabila berada di ruang udara negara Switzerland ini. Pemandangan tempat untuk aktiviti ski dan ski salji adalah sangat menakjubkan.

Kamchatka, Russia

terjun udara di kamchatka rusia

Rasa sukakan cabaran? Cubalah aktiviti terjun udara di atas Kamchatka, tempat dimana terdapat gunung berapi aktif. Pastikan fikir banyak kali sebelum melakukannya kerana ia pastinya bukan sesuatu yang mudah.

Pantai Airlie, Australia

terjun udara di pantai airlie

Pantai Airlie dipercayai merupakan antara pantai tercantik di dunia. Disebabkan Australia adalah sebuah pulau, pemandangan air laut yang biru, hutan, dan awan yang menakjubkan menjadikannya sangat menerujakan.

Teacher Muja terfikir, macam mana kalau kita buat terjunan udara di Mekah. Dapat melihat Kaabah dari udara. Subhanallah. Pasti cantik dan menarik sekali pemandangan itu. Cubalah aktiviti terjun udara ini kalau berkesempatan sementara umur belum tua. Pastinya pengalaman yang menakjubkan sebegini sangat berbaloi untuk dicuba walaupun sekadar sekali dalam seumur hidup. Wassalaam.

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments