Telaga 100 Tahun Tidak Pernah Kering Ditemui

Telaga 100 Tahun Tidak Pernah Kering Ditemui. Di Pokok Sena telah ditemui sebuah telaga yang dikatakan tidak pernah kering setelah lebih kurang 100 tahun

Telaga 100 Tahun Tidak Pernah Kering Ditemui | Subhanallah! Sangat menakjubkan. Itulah kuasa Allah Yang Maha Esa. Di Pokok Sena, telah ditemui sebuah telaga yang dikatakan tidak pernah kering setelah lebih kurang 100 tahun walaupun tiba musim kemarau di negara ini.

Kewujudan telaga berusia lebih 100 tahun itu dikatakan mampu memberi sumber air kepada penduduk di sekitar Kampung Kedundung dekat sini.

Meski pun menghadapi musim kemarau setiap tahun tetapi telaga itu tidak pernah kering malah menjadi tumpuan penduduk di kawasan itu.

Penduduk, Ghazali Bahari, 60, berkata, telaga itu yang lebih dikenali dengan nama telaga bukit Kampung Kedundung dikatakan menjadi sumber air utama pada zaman dahulu sebelum wujudnya bekalan air paip.

“Kedalaman telaga ini hanya 1.5 meter (m) saja tetapi mampu menyalurkan air ke seluruh penduduk di kampung ini, malah turut membekalkan air ke masjid Kampung Kedundung untuk jemaah di situ menunaikan sembahyang.

“Pada musim kemarau, semua telaga penduduk di kampung ini akan menjadi kering tetapi telaga ini sehingga hari ini masih belum lagi kering dan boleh dimanfaatkan oleh penduduk di sini dan luar,” katanya.

Menurut Ghazali, walaupun ramai penduduk di sini sudah menggunakan air paip tetapi sehingga hari ini ada penduduk yang datang untuk mandi di telaga itu kerana airnya yang jernih.

“Memang dari segi akal adalah sukar untuk mengorek telaga itu oleh manusia kerana di tepi dan di dalamnya dipenuhi dengan batu besar dan sukar untuk melakukan kerja pengorekan telaga.

“Oleh itu, misteri mengorek telaga Kampung Kedundung sehingga hari ini masih lagi menjadi tanda tanya,” katanya.

Dalam pada itu, bagi memudahkan penduduk kampung menggunakan telaga berkenaan, pihak kepimpinan kampung telah membina tembok sekitar tepi telaga itu supaya air yang digunakan tidak akan turun kembali ke dalam telaga itu.

Bagaimanapun, apa yang dikesali, ada pihak yang cuba mengambil kesempatan melakukan perkara khurafat di telaga itu dengan membawa ayam atau pulut kunyit dikatakan untuk dijamu kepada penunggu di situ.

Ghazali berkata, memang sebelum ini ada pihak cuba menghidupkan perkara khurafat ini.

“Tetapi penduduk kampung menghalangnya dengan menasihatkan mereka supaya jangan melakukan perkara sedemikian kerana bertentangan dengan agama.

“Bagaimanapun penduduk di sini bersyukur kerana telaga ini mampu memberi manfaat kepada mereka sehingga ke hari ini,” katanya. – Sumber

Dr Fuh – Kuasa Allah, tiada siapa yang mampu menandinginya. Subhanallah!

Wallahualam

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments