Tasik Air Tawar Terbesar Di China Kering Kontang

Tasik Air Tawar Terbesar Di China Kering Kontang

Tasik Air Tawar Terbesar Di China Kering Kontang | Tasik air tawar terbesar di China yang berukuran dua kali ganda dari bandaraya London, telah mengering. Hal ini disebabkan kekeringan yang terjadi di walayah tersebut. Dulu tasik ini merupakan destinasi pelancongan yang popular di China.

Selain kekeringan, kehilangan air tasik tersebut disebabkan pembangunan takungan terbesar di hulunya. Yang menyebabkan level air turun ke titik terendah dalam sejarah. Tasik yang mempunyai nama Poyang yang terletak di wilayah Jiangxi dengan luas sekitar 3,500 kilometer persegi tersebut, benar-benar kering.

Di tengah-tengah tasik terdapat sebuah pagoda, yang boleh dikunjungi pelancong dengan menaiki perahu, namun kini mereka boleh menjangkaunya dengan hanya berjalan kaki, walaupun memerlukan tenaga tambahan.

Keringnya tasik ini mengungkap jambatan kuno yang dibuat dari batu yang dibina pada zaman dinasti Ming, sekitar tahun 1631. Jambatan tersebut mempunyai panjang sekitar 2,930 meter.

Tasik Air Tawar Terbesar Di China Kering Kontang2 Tasik Air Tawar Terbesar Di China Kering Kontang3 Tasik Air Tawar Terbesar Di China Kering Kontang4 Tasik Air Tawar Terbesar Di China Kering Kontang5

Kemarau juga menyebabkan nelayan kehilangan pekerjaannya dari menjaring ikan. Bukan hanya itu, mangsa ekologi dan biodiversiti juga menghilang yang dulunya ditunjangi oleh kehadiran tasik tersebut. Dulu tasik ini menjadi tempat persinggahan burung-burung yang berhijrah, tapi kini pemandangan tersebut menghilang.

sumber

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments