Tergempar!! Tapak Kaki Misteri Ditemui Di Kuala Pilah

tapak-kaki-misteri-kuala-pilah+fuh.my_.jpg

Kuala Pilah: Penemuan lebih 200 kesan tapak kaki misteri bersaiz besar dengan bentuk luar biasa dalam kebun getah berhampiran Kampung Kepis Baru, di sini, kelmarin, menggemparkan penduduk setempat.

Penduduk kampung itu, Adnan Pungut, 48, yang mendakwa orang pertama menemui kesan tapak kaki ganjil itu berkata, dia ke kebunnya jam 3 petang untuk membersih serta membakar longgokan kayu pokok getah yang ditebang.

Bagaimanapun, dia terkejut dan segera pulang selepas menemui kesan tapak kaki ganjil yang tidak pernah dilihatnya sepanjang hidup.

“Sebaik melihat kesan tapak kaki bersaiz luar biasa yang ganjil itu, saya melarikan diri pulang kerana sangat takut. Saya memaklumkan kepada jiran dan penduduk kampung sebelum kami bersama-sama pergi semula ke kebun getah itu.

Tapak Kaki Misteri

Tapak Kaki MisteriGambar tapak kaki misteri dari jarak dekat

“Kami menemui lebih 200 kesan tapak kaki ganjil bersaiz sama sepanjang menjejaki binatang itu. Kesan tapak kaki yang ditemui itu berbentuk hampir bulat dengan garis pusat dianggar 18 sentimeter dengan lima jari bersaiz lima sentimeter panjang dan lima sentimeter lebar. – mymetro

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments

3 thoughts on “Tergempar!! Tapak Kaki Misteri Ditemui Di Kuala Pilah”

  1. Dari kajian dr ppp ini mcm tapak kaki beruang… tak de beruang tapak kaki singa… tak de takpak kaki singa tapak sulaiman kbai 😛 ~ apa pun benda tu semoga penduduk kampung kat situ berhati hati ok

    1. Ummar Farouk says:

      At least tapak kaki badak sumbu pun bentuknya lebih kurang sama cam dlm gambar kat atas. Ke guaner?
      Ummar Farouk recently posted…Ubah Tiga Elemen Dalaman Yakni Hati, Akal Dan NafsuMy Profile

  2. Daxx says:

    Bigfoot? Sasquash? Orang utan? 😮
    Daxx recently posted…Pelik! Fesyen Bulu Kaki Mencegah Gangguan SeksualMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge