Tanda-Tanda Malam Lailatul Qadar

tanda-malam-lailatul-qadar.jpg

Ada pelbagai pendapat mengenai tanda-tanda malam Lailatul Qadar, dari yang benar hinggalah yang diada-adakan. Ada beberapa perkara yang didakwa berlaku pada malamnya, yang mungkin pernah kita dengar dari mereka-mereka yang mendakwa bertemu dengan Lailatul Qadar atau dari penceritaan semula.

Di antaranya ialah pokok tunduk atau sujud, ikan di laut bergelimpangan di atas tanah, air sungai berhenti mengalir, malam yang sangat tenang dan sebagainya.

Menurut Al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani,

“Pendapat terpilih berdasarkan himpunan dalil-dalil bahawa, dijadikan Lailatul Qadar itu tetap berlaku pada malam sepuluh akhir Ramadhan, kemudian pada malam ganjilnya, tidak ditetapkan melalui tanda-tandanya yang khusus, sebagaimana petunjuk dalil-dalilnya yang jelas. (Fathul Bari, 4/260)

Di dalam Kitab Fath al-Bari fi Syarh Sahih al-Bukhari menyebutkan ada 46 pendapat ulama mengenai bila berlakunya Lailatul Qadar.

Menurut Imam Syafie, Lailatul Qadar termasuk dalam 10 hari yang terakhir Ramadhan, pada malam yang ganjil iaitu malam ke 21. Imam Tirmizi menyatakan dalam kitabnya Sunan Tirmizi, bahawa Imam Syafie menyatakan;

“Dan riwayat (hadis) yang paling kuat di antara hadis-hadis (tentangnya) pada pandanganku ialah ia pada malam dua puluh satu”. (Tuhfatul Ahwazi, juz 3, m/s 424).

Imam Abdul Razzaq telah meriwayatkan dalam kitabnya al-Musonnaf, bahawa Saidina Umar pernah memanggil para sahabat untuk membincangkan bilakah malam lailatul qadar, dan akhirnya mereka sepakat bahawa ia adalah pada sepuluh malam yang terakhir.

Berikut ini adalah tanda-tanda malam Lailatul qadar menurut hadith-hadith dan apa yang berlaku pada para sahabat Rasulullah SAW

Tanda-Tanda Malam Lailatul Qadar

1 – Orang yang beribadah pada malam tersebut merasakan lazatnya ibadah, ketenangan hati dan kenikmatan bermunajat kepada Rabb-nya tidak seperti malam-malam lain.

“Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al-Qur’an) pada malam kemuliaan. Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Rabbnya untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar.” (Surah AlQadr)

2 – Malam yang terang, tidak panas, tidak dingin, tidak ada awan, tidak hujan, tidak ada angin kencang dan tidak ada yang dilempar pada malam itu dengan bintang (lemparan meteor bagi syaitan)

Sebagaimana sebuah hadits, dari Watsilah bin al-Asqo’ dari Rasulullah shallallahu’alaihi wa sallam:

“Lailatul qadar adalah malam yang terang, tidak panas, tidak dingin, tidak ada awan, tidak hujan, tidak ada angin kencang dan tidak ada yang dilempar pada malam itu dengan bintang (lemparan meteor bagi syaitan)” (Hadith Riwayat at-Thabrani dalam al-Mu’jam al-Kabir 22/59 dengan sanad hasan)

3 – Cahaya mentari lemah, cerah tak bersinar kuat keesokannya

Dari Ubay bin Ka’ab r.a, bahawasanya Rasulullah shallahu’alaihi wa sallam bersabda:

“Keesokan hari malam lailatul qadar matahari terbit hingga tinggi tanpa sinar..” (Hadith Riwayat Muslim)

4 – Bulan nampak separuh bulatan

Abu Hurairah r.a pernah bertutur: Kami pernah berdiskusi tentang lailatul qadar di sisi Rasulullah shallahu’alaihi wa sallam, beliau bersabda, “Siapakah dari kalian yang masih ingat apabila bulan muncul, yang berukuran separuh dulang.” (Hadith Riwayat Muslim)

5 – Udara dan suasana pagi yang tenang

Ibnu Abbas r.a berkata: Rasulullah shallahu’alaihi wa sallam bersabda:

“Lailatul qadar adalah malam tenteram dan tenang, tidak terlalu panas dan tidak pula terlalu dingin, esok paginya sang matahari terbit dengan sinar lemah berwarna merah” (Hadith hassan)

6. Kadang-kadang terbawa dalam mimpi

Seperti yang kadang-kadang dialami oleh sebahagian sahabat Nabi radhiallahu ’anhum. Syeikh Yusuf Khattar Muhammad menyatakan hikmah tidak ditentukan Lailatul Qadar secara jelas adalah supaya kita sentiasa melakukan ibadah kepada Allah pada setiap malam dalam bulan Ramadhan khususnya pada 10 malam yang terakhir.

“Carilah malam lailatul qadar pada sepuluh hari yang terakhir. Namun jika salah seorang dari kamu tidak mampu, maka jangan sampai terlepas pada hari ketujuh yang terakhir.” (Hadis Riwayat Muslim)

Aisyah r.a mengatakan:

“Rasulullah ShallAllahu ‘alaihi wa sallam beri’tikaf di sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan dan beliau bersabda, yang ertinya: “Carilah malam Lailatul Qadar di (malam ganjil) pada 10 hari terakhir bulan Ramadhan” ” (Hadis Riwayat Bukhari 4/225 dan Muslim 1169)

Bilakah Tarikh Malam Lailatul Qadar?

Lailatul Qadar satu malam dalam bulan Ramadhan yang tidak diketahui dengan tepat tarikhnya. Ia lebih diharapkan untuk mendapatkannya pada 10 malam yang terakhir Ramadhan, terutama malam-malam yang ganjil daripada 10 hari terakhir Ramadhan tersebut.

Waktunya dikira apabila masuk waktu Maghrib sehingga terbit fajar. Seluruh ulama sepakat bahawa al-Quran diturunkan pada malam al-Qadar, sebahagian ulama berpendapat malam al-Quran diturunkan itu berlaku pada 17 Ramadhan, Syaikh Shafiyyurrahman al-Mubarakfury dalam kitab Sirah Nabawiyyah mengatakan al-Quran diturunkan pada malam ke 21 Ramadhan.

Rujukan:

  1. Al-Nafahat al-Nuraniyah fi Fadhail al-Ayyam wa al-Layali wa al-Syuhur al-Qomariyah – Syeikh Yusuf Khattar Muhammad.
  2. Fath al-Bari bi Syarh Sohih al-Bukhari – Al-Hafiz Ahmad bin Ali bin hajar al-Asqolani.
  3. Buletin Al-Madina edisi 390
  4. wikipedia – http://ms.wikipedia.org/wiki/Lailatul_Qadar

Kredit 1
Kredit 2

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments

7 thoughts on “Tanda-Tanda Malam Lailatul Qadar”

  1. mselim3 says:

    Assalammualaikum….fuh,

    terima kasih atas info ini…

    mselim3

    pls: malam lailatul qadar lebih baik daripada seribu bulan..
    mselim3 recently posted…Rahsia Berpuasa.My Profile

  2. Yan Ty says:

    adakah kita tergolong org yg demikian , mudah2an begitu la.
    Yan Ty recently posted…Joseph Germani Puasa SehariMy Profile

  3. hamzah says:

    terima kaseh mrfuh terhadap ilmu anda curahkan amim

  4. sayidah says:

    betapa beruntungnya siapa yg dapat jumpa lailatulqadr.
    sayidah recently posted…BLOG KOLEJ16 & BLOG ADDCHOCS 🙂My Profile

  5. syed anwar says:

    Assalamu alaikum…memandangkan ia berlaku di antara magrib dan fajar secara logiknya ia akan bermula di makkahtul mukarramah dan apabila fajar menyingsing di makkah maka malaikat akan meninggalkan makkah dan akan bergerak ke arah barat makkah kerana sebelah barat fajar belum menyingsing sehingga seluruh dunia ini mengalami malam lailatul qadar.

    Secara logiknya malam lailatul qadar perlu mula dari makkahtul mukarramah dan bergerak ke arah barat. Kalau di Malaysia kita akan dapat malam lailatul qadar pada hari berikut dari Makkah.

    wallah hu alam

    syed anwar, seremban

  6. Septian Sandi says:

    Assalamu’alaikum

    Mau tanya, Apakah malam lailatul qadar bisa terbawa dalam mimpi ?

    Wasalamu’alaikum

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge