Tanda Putera Akan Di Tayangkan Di Berlin German

Tanda Putera Akan Di Tayangkan Di Berlin German. Tanda Putera Online. Download Tanda Putera Online. Tanda Putera Di Tayangkan Di German. Tanda Putera Berlin

Admin nak ucapkan tahniah kepada pengarah cerita Tanda Putera, kerana tidak lama lagi Tanda Putera Akan Di Tayangkan Di Berlin German. Secara tidak langsung ianya telah menaikkan nama negara kita sendiri.

Tanda Putera Akan Di Tayangkan Di Berlin German | ‘TANDA Putera’, sebuah filem keluaran Pesona Pictures adalah antara empat filem cereka yang bakal membuat penampilan sulung di Pasaran Filem Eropah Berlin, Jerman minggu depan.

Tanda Putera Akan Di Tayangkan Di Berlin German

Filem lain ialah ‘Laga’ keluaran Business Leader Film Production, ‘The Great Lion Kun Seng Keng’ (Asia Tropical Film) dan ‘Amir dan Loqman Pergi ke Laut’ (Astro Shaw), kata Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Kandungan Kreatif Malaysia (CCAM) Datuk Mohd Mahyidin Mustakim.

Beliau berkata tayangan filem terbabit, yang diurus oleh CCAM, bermula dari 7 hingga 9 Februari di pelbagai pawagam di Potsdamer Platz, Berlin.

“Kesemua filem cereka ini adalah luar biasa dan dibuat dengan teliti serta penuh semangat, oleh itu, semua rakyat Malaysia harus berbangga meraikan kepelbagaian kandungannya selain kualiti penghasilan yang amat baik.

“Mempunyai sebuah filem yang ditayang di pasaran filem berprestij yang disertai golongan profesional industri berkenaan di peringkat antarabangsa amat membanggakan, dan pengeluar serta penggiat industri hiburan tanah air seharusnya gembira dengan kejayaan ini,” katanya.

Mahyidin juga berkata penyertaan di pasaran filem kali ini adalah yang tertinggi sejak penubuhan CCAM pada 2012, dan beliau berharap lebih banyak filem tempatan dapat diketengah pada masa akan datang.

Pasaran Filem Eropah turut menandakan kepentingan sesebuah filem yang bagus serta berkualiti dengan kandungan yang boleh diakses penonton malah dipasarkan, sekali gus memastikan penembusan ke pasaran global.

“Ini adalah satu usaha yang berdaya maju serta menguntungkan pengeluar filem,” katanya.

CCAM, yang merupakan projek permulaan (EPP) MyCreative Content di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP) bagi sektor Komunikasi, Kandungan dan Infrastruktur (CCI), adalah sebuah persatuan yang mewakili pemain industri kreatif tempatan.

Objektifnya ialah mempromosi dan mengeksport perkhidmatan serta kandungan kreatif tempatan ke pasaran luar serta penyiar antarabangsa. – Bernama

Sumber

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments