Tanda Penyakit Gout Yang Perlu Diketahui

Tanda-Penyakit-Gout-Yang-Perlu-Diketahui.jpg

Tanda Penyakit Gout Yang Perlu Diketahui

Tanda Penyakit Gout Yang Perlu Diketahui

Tanda Penyakit Gout Yang Perlu DiketahuiPenyakit Gout ialah salah satu bentuk artritis yang diakibatkan oleh pengumpulan hablur-hablur asid urik pada sendi-sendi. Penyakit ini terlalu menyakitkan dan dalam kebanyakan kes, hanya menjejaskan satu sendi (monoartritis), khususnya ibu jari kaki. Istilah “gout” berasal daripada perkataan bahasa Latin, “gutta” yang bermakna ‘setitis’, disebabkan kepercayaan ketika itu bahawa gout diakibatkan oleh titis humor-humor yang mengerikan dan yang mungkin berkait dengan ketul-ketul mendapan urat.

Tanda Penyakit Gout Yang Perlu Diketahui:
1.Gout lazimnya menyerang ibu jari kaki.
2.Ibu jari kaki menjadi merah, panas, bengkak dan tersangat sakit.
3.Serangan selalunya berlaku secara tiba-tiba, kerap kali semalaman.
4.Sendi yang diserang menjadi bisa sehinggakan geseran dengan selimut pun begitu menyeksakan.
5.Sakit mungkin berlarutan berhari-hari, atau sekurang-kurangnya 1-2 minggu untuk reda jika tidak dirawat.
6.Sakit mungkin menyerang kembali selepas berminggu atau bulan.
7.Gout boleh menyerang sendi-sendi lain seperti buku lali, lutut, pergelangan tangan dan jari.

gout

4 peringkat Gout yang nyata:
1. Asimptomatik
2. Akut
3. Interkritikal
4. Kronik.

Dalam peringkat pertama (asimptomatik), aras asid urik plasma bertambah, tetapi tanpa sebarang gejala. Serangan gout pertama menandakan peringkat kedua (akut). Serangan-serangan yang tidak teruk biasanya hilang dengan cepat, manakala serangan-serangan yang teruk berlangsung selama beberapa hari atau juga beberapa minggu.

Selepas serangan pertama, pesakit itu masuk peringkat interkritikal atau jarak waktu yang bebas daripada gejala. Tempoh ini mungkin berlangsung selama beberapa bulan atau juga tahun. Kebanyakan pesakit gout mengalami serangan kedua dalam enam bulan hingga dua tahun dari serangan pertama.

Pada peringkat terakhir (kronik), serangan-serang gout menjadi lebih kerap serta poliartikular, iaitu serangan itu membabitkan banyak sendi pada setiap masa. Tofus-tofus besar juga boleh didapati di dalam banyak sendi. Dalam kes-kes gout kronik yang sudah teruk, kerosakan ginjal, hipertensi, dan karang ginjal boleh juga terjadi. Jika anda merasakan mempunyai tanda-tanda penyakit gout yang disebutkan, sila lah bertemu dengan doktor secepat mungkin bagi mengelakkan ia terus merebak.

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Latest posts by Dr Fuh (see all)

Comments

comments

8 thoughts on “Tanda Penyakit Gout Yang Perlu Diketahui”

  1. wohohoho… kena jaga kesihatan dari sekarang.
    Carlos Santiago recently posted…BAN Sondol – Ikan Paling GAY Suka Sondol Masuk Saluran ZakarMy Profile

  2. hurm… gout ni mostly org lelaki yg hidapkan?? so kaum2 adam mohon kurangkan makan makanan laut kbai 😛

  3. baby comel says:

    bila tengok gambar tu, errrk ngerinya. org muda pun boleh je kena gout ni kan. bukan setakat org ua je kan
    baby comel recently posted…Cara Kekalkan Air Kolam Ikan BersihMy Profile

  4. Info tanda gout sangat berguna dan menyedarkan saya bahayanya.

  5. Tips diet says:

    Info tanda gout yang berguna ,Terima kasih. Sila klik tips diet untuk lebih info tentang gout,migrain, resdung dan tips diet sihat.

  6. sivakum says:

    Goutpenyakit bisa/Perlu dapat rawatan dan selalu bersenam.Kurang makan makanan laut dan sejuk.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge