Taman Tema Berkonsepkan Robot di Korea Yang Pertama Didunia

Taman Tema Berkonsepkan Robot di Korea Yang Pertama Didunia

Taman Tema Berkonsepkan Robot di Korea Yang Pertama Didunia | SEBUAH taman tema futuristik pertama di dunia yang berkonsep robotik akan dibina di Incheon, Korea Selatan.

Menurut laman saluran Discovery, projek robot Land yang menelan kos kira-kira AS $ 625 juta (RM2.1 bilion) itu turut menggabungkan elemen perniagaan.

Ini kerana ia bakal dilengkapi pusat jualan robot berteknologi tinggi terbaru, pusat penyelidikan dan pembangunan robot serta institusi pendidikan tinggi.

Taman Tema Berkonsepkan Robot di Korea Yang Pertama Didunia2 Taman Tema Berkonsepkan Robot di Korea Yang Pertama Didunia3

Selain itu, taman tema tersebut juga akan menyediakan pusat kajian dan hibrid untuk memberi peluang kepada pengunjung merasai pengalaman luar biasa bersama robot.

“Sebuah akuarium robotik dan roller coaster dijangka menjadi tarikan utama di Robot Land,” menurut laman sesawang itu lagi kepada DailyMail.

Taman Tema Berkonsepkan Robot di Korea Yang Pertama Didunia4 Taman Tema Berkonsepkan Robot di Korea Yang Pertama Didunia7 Taman Tema Berkonsepkan Robot di Korea Yang Pertama Didunia6

Difahamkan, rancangan pembinaan taman tema robot tersebut pertama kali diumumkan pada 2009, namun projek tersebut dilaporkan tergendala.-Sinarharian

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments