Tahukah Anda Kenapa Pemandu Bas Dan Lori Jarang Matikan Enjin?

lori-besar.jpg

Tahukah Anda Kenapa Pemandu Bas Dan Lori Jarang Matikan Enjin? | Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca yang Dr Fuh kasihi. Tadi Dr Fuh ada terbaca satu info yang sangat menarik. Info yang Dr Fuh sendiri tercari-cari akhirnya dapat juga jawapan. Dr Fuh kongsikan dengan pembaca semua dari blog Open Minda.

Pernahkah anda perasan bahawa setiap kali kita singgah di RNR, kita akan dapati banyak kenderaan-kenderaan berat seperti bas dan lori mereka tidak mematikan enjin. Tidak cukup itu lagi, di bahu-bahu jalan juga sama yang dapat kita lihat. Persoalannya mengapa pemandu-pemandu lori atau bas ini jarang mematikan enjin kenderaan mereka? Tidak membazir minyak? Untuk menjawab persoalan tersebut, jom kita ikuti ulasan di bawah ini.

mesti ramai yang perasan kenapa kebiasaannya apabila pemandu lori,trailer atau bas berhenti tepi jalan untuk makan atau lain-lain tak matikan enjin kenderaan tersebut? Adakah susah untuk hidupkan kembali?

Enjin diesel tidak akan panas walau berapa lama pun kita menjalankannya tanpa bergerak (idling) kecuali ada kebocoran tangki air ataupun minyak enjin tidak mencukupi.

Pernah lori yang abang lori (abang pon pon) pandu tidak dimatikan enjinnya selama 2 minggu, kerana perjalanan tanpa henti pergi dan balik dari Kawasan Industri Kerteh, Terengganu ke Pelabuhan Klang.

Walaupun sewaktu berhenti samada untuk makan minum atau berehat mahupun tidur, abang lori (abang pon pon) ni tidak ragu-ragu untuk tidak mematikan enjin kerana berdasarkan pengalaman selama ini, enjin diesel (terutamanya jenis Turbo) amat sensitif jika enjinnya terlalu kerap dihidupkan dan dimatikan.

Malahan telah menjadi amalan abang pon pon selama ini, selepas enjin dihidupkan, abang pon pon akan menunggu sehingga tolok kepanasan (temperature gauge) mencapai tahap suhu bekerja (working temperature) baharulah abang mula bergerak. (kebiasaanya dalam lingkungan 80 darjah celcius).

Begitu juga sewaktu hendak mematikan enjin jenis turbo ini, memerlukan sekurang-kurangnya 15 minit enjin melahu (idling) barulah dimatikan enjinnya.

Enjin lori ni cc dia besar, silinder banyak, compression tinggi. kombine semua diatas, tentu-tentu enjinnya sgt ketat/berat utk startup/cranking. Setelah tolakcampurkalibahagi, tidak bijak utk cranking start lebih dari sekali/hari. Enjin yang ketat/berat memendekkan hayat starter motor.

Sistem brake dan klac lori-lori besar menggunakan tekanan angin, jika enjin dimatikan..tekanan angin dlm tabung akan berkurang atau habis..sebab itu mereka jarang matikan enjin..perlukan masa yang lama utk kompressor isikan angin ke dalam tabung(bergantung jenis lori)..selagi tekanan angin tidak penuh dalam tabung tu, selagi tu lori tidak boleh bergerak, sistem brake dan klac tidak berfungsi.

kebanyakan lori-lori ni ber-engine diesel. Engine diesel memerlukan heat yang banyak untuk berfungsi dengan baik. Engine diesel yang selalu dimatikan engine (cool off) dan di hidupkan semula (panas) dalam masa yang singkat akan membuat engine “warp” atau bengkok..itu sebab lori tak matikan engine kecuali tidak di gunakan dalam jangka yg panjang (melebihi seminggu) sebab takut engine jadi bengkok.

Bukan sebab susah start.. tapi pasal lori2/bus guna brek angin. jadi bile engine running, presure angin maintain. Jika diorg stop engine, presure angin akan berkurangan, jadi kena tunggu presure naik baru boleh jalan (kena tunggu 1/2jam) baru ok. kalau tak bahaya sebab takde brek..

Ada benar jugak kan?

Sumber

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Latest posts by Dr Fuh (see all)

Comments

comments

8 thoughts on “Tahukah Anda Kenapa Pemandu Bas Dan Lori Jarang Matikan Enjin?”

  1. Masuk akal jgk tu. Saya pernah sekali tu ikut ngn abg ipar dr pelabuhan Klang hantar barang kat Bangi. Time tu x tanya plak napa x matikan enjin. 🙂
    Aniqbukhary32 recently posted…Maksud ‘berhijab’ yang cukup menyentuh dari Oki Setiana DewiMy Profile

  2. Mazni Azmi says:

    (\(\
    ( -.-) OHH MACAM TU YE
    o__(“)(“)
    ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
    PATUTLAH LORI SELALU HIDUP KAT RNR
    ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
    Satu perkara terlintas, oklah enjin tahan lebih lama
    tak warping, pressure enjin dan brake maintain

    Starter pun tahan, so jimat kos minyak dan petrol
    Yang MISTERI TU

    Kalau enjin berterus hidup, Macam mana abang lori kunci pintu?
    Takkan pintu tak kunci?

    Boleh kena curi tu? Macam mana Dr Fuh?
    Boleh jawab misteri ni. Hehehe
    =======================================
    JOM BACA PETUA BERSALIN BERPANTANG BERKESAN BAGI IBU BERSALIN PEMBEDAHAN
    =======================================

    Semoga perkongsian ini membawa manfaat ek.
    ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
    ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
    Mazni Azmi recently posted…Set Bersalin Shaklee Terbaik?My Profile

  3. mselim3 says:

    Assalammualaikum…dr.fuh,

    oh..begitu rupanyer.. baru tahu.. terima kasih atas perkongsian nie…

    mselim3
    mselim3 recently posted…Pelik Tetapi Benar : Hajat Penguli Roti Ingin Berjumpa Imam Hanbali.My Profile

  4. World WarZ says:

    Jumlah kenderaan diMalaysia sahaja hampir 15,000,000 buah..
    Kalau kat China jangan cakap lah ia melebihi 200 juta buah, tu bulum termasuk kat Amerika dan eropa atau negara negara di Afrika .. dan kalau seluruh dunia pulak agak agaknye berapa bilion kenderaan.

    Setiap buah kenderaan yang enjinnye sedang berjalan (running) ia akan menyumbang kepada pencemaran bunyi, haba dan pencemaran udara.. dan cuba anda bayangkan kalau seluruh dunia manusia tidak mahu mematikan injin kenderaan walaupun pada waktu sedang rehat macam driver driver bas dan lori kat Malaysia nie.

    Pencemaran udara yang utama di dunia nie disumbang dari asap asap kenderaan yang sedang bergerak diseluruh dunia ini yang mana jumlahnye beratus ratus juta buah dan termasuk juga dari kilang kilang. Tidak cukup dengan itu kini terdapat manusia yang tidak mahu mematikan enjin kenderaan walau semasa berhenti rehat dengan memberi alasan yang sangat bodoh iaitu konon tentang suhu operasi enjun dan tabung angin hahahahahaha..

    Di Eropah kerajaan mereka mewajibkan semua kenderaan tang sedang berehenti (walau berhenti sekejap) wajib mematikan enjin mereka, tetapi disini mereka berbangga dengan tidak mematikan enjin kenderaan mereka dengan memberi alasan bodog seperti entri kat atas.. Pulak tu ramai penyokong pulak hahaha

  5. Faris Aiman says:

    patut la slalu nampak bas awam slalu tak tutup enjin , info berguna

  6. sz network says:

    Ouh baru thu knpa diorg selalu tak tutup enjin…
    sz network recently posted…Bila kamera Canon Eos 350D dijumpai selepas 3 tahun dalam sungaiMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge