Tahukah Anda Bakteria Boleh Tersebar Melalui Alat Solek?

Tahukah Anda Bakteria Boleh Tersebar Melalui Alat Solek? kaum wanita terutamanya yang gemar mekap sila ambil perhatian dan baca hingga habis artikel ni!

Tahukah Anda Bakteria Boleh Tersebar Melalui Alat Solek? | Assalamualaikum dan selamat sejahtera Dr Fuh ucapkan kepada semua pembaca yang dikasihi. Artikel kali ni Dr Fuh nak share info tentang alat solek atau lebih popular dengan nama make up. So kepada kaum wanita terutamanya yang gemar mekap sila ambil perhatian dan baca hingga habis artikel ni!

Semestinya anda tahu bahawa anda perlu untuk membersihkan berus alatan solek anda sekali seminggu dan buang produk kecantikan anda sebaik sahaja luput tarikh, tetapi itu tidak bermakna anda terlindung daripada mempunyai bakteria dalam produk kecantikan anda. Bakteria sangat licik, dan apabila ia menjangkiti alatan solek anda, ia menyebabkan terjadinya masalah-masalah pada kulit anda seperti jerawat, kemerahan dan jangkitan.

Untuk membantu alatan kosmetik anda bebas daripada bakteria dan kuman, kami ingin kongsikan tujuh cara licik bagaimana bakteria boleh tersebar pada alatan solek anda, dan cara untuk mengelakkannya.

Gunakan tiub, bukan balang

Jika anda menggunakan losyen yang dipakejkan dalam bentuk balang atau tab berbanding dengan tiub, anda mendedahkan bakteria untuk melekat pada produk setiap kali anda menggunakan jari anda untuk menggunakan losyen tersebut. Sama juga sepertimasker rambut, ‘exfoliators’ dan apa-apa yang dipakej dalam balang, kerana bakteria yang telah terjangkit pada losyen atau maskerakan dipindahkan ke muka anda lantas menyebabkan kerengsaan, jerawat dan kemerahan. Oleh itu, beralihlah pada versi tiub untuk losyen atau masker kegemaran anda, dan daripada menggunakan jari, lebih baik anda gunakan kapas untuk bebas kuman.

Bersin semasa menyolek muka

Perkara ini mungkin tidak dapat dielakkan kerana ia adalah semulajadi, tetapi jika anda bersin pada barang komestik anda semasa sedang menggunakannya, sekaligus anda menyebarkan bakteria ke dalam apa-apa bekas solekan yang terbuka. Jika anda rasa anda akan bersin (terutamanya semasa penggunaan maskara), halakan muka anda ke arah lain untuk mengelakkan anda bersin pada produk kosmetik.

Penggunaan gincu selepas makan

Tidak kisah mana-mana produk untuk bibir, jika anda memakai gincu anda selepas makan makanan, sekaligus anda menekankan sisa makanan ke dalam bibir anda, dan pada produk itu sendiri. Bakteria boleh hidup di permukaan gincu, atau di dalam tiub ‘lip gloss’, yang akhirnya akan merebak ke bibir anda untuk penggunaan seterusnya. Pastikan anda betul-betul mengelap apa-apa makanan pada bibir anda dan jika boleh, berus gigi terlebih dahulu sebelum menggunakan gincu.

Perkongsian alatan kosmetik anda

Perkara ini sangat benar terutamanya untuk solekan mata kerana mata anda merupakan anggota badan yang paling mudah terdedah kepada bakteria. Jika anda berkongsi mana-mana produk kecantikan dengan rakan-rakan anda, dengan serta-merta anda turut meletakkan apa-apa kuman mereka ke dalam produk anda dan sebaliknya. Malahan jika anda berada di luar bersama rakan-rakan dan mereka terlupa untuk membawa ‘lip gloss’, jangan berkongsi. Ia tidak akan pernah berakhir dengan baik.

Tidak membersihkan beg solek anda

Walaupun anda membersihkan setiap produk, berus dan span di dalam beg solek anda, itu tidak bermakna anda bebas daripada bakteria. Beg solek anda juga perlu dibersihkan, dan anda dinasihatkan untuk melakukan pembersihan ini sekurang-kurangnya sebulan sekali. Sama ada membasuhnya menggunakan mesin basuh dengan tuala atau dalam mesin basuh pinggan mangkuk (lebih baik jika beg itu dibuat daripada kanvas) untuk menyahkan bakteria daripada bahagian bawah beg.

Menggunakan satu berus solekan untuk pelbagai fungsi

Ya, terdapat berus yang spesifik yang anda perlu gunakan untuk setiap jenis alatan solek, tetapi pada hakikatnya, ramai daripada kita yang menggunakan satu berus untuk pelbagai produk. Jika anda menggunakan satu berus untuk menggunakan bedak serbuk, kemudian gunakan pula berus tersebut untuk pemerah pipi anda, anda telah memindahkan mana-mana minyak dari muka anda ke dalam bekas pemerah pipi anda, dan kemudian menyebarkan semula bakteria minyak ke pipi anda apabila anda menggunakannya. Geli, bukan? Cuba menggunakan jari atau berus yang berasingan bagi setiap produk, dan ingat untuk membersihkan berus anda kira-kira sekali seminggu.

Sumber

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments