Syura Dinobat Juara MasterChef Selebriti Malaysia 2

Syura-Juara-MasterChef-Selebriti-Malaysia-2.jpg

Syura Juara MasterChef Selebriti Malaysia 2

Selepas 10 minggu mengharungi pelbagai cabaran serta berdepan dengan saingan dari 18 selebriti lain, akhirnya penyanyi Syura telah diumumkan sebagai juara program MasterChef Selebriti Malaysia (MSM 2) sebentar tadi.

Dengan tema ‘Sajian Sehangat Bintang‘, Syura telah memenangi cabaran terakhir program MSM 2 kali ini dengan menewaskan Celina dalam menyediakan sajian “First Class” yang akan dihidangkan dalam pesawat Air Bus A380 milik syarikat penerbangan MAS.

Dengan kemenangan itu, Syura berjaya memenangi hadiah berupa dua tiket penerbangan pergi balik ke Paris, Perancis menaiki pesawat A380 Kelas Perniagaan dan hidangan milik Syura akan dihidangkan di pesawat A380 Kelas Pertama!

Selain itu, Syura turut berjaya mengumpul dana sebanyak RM60,500 kepada Breast Cancer Wellfare Association.

Sementara itu, Celina Khor yang tewas kepada Syura berjaya mengumpul dana sebanyak RM10,500 kepada Furry Friends Farm yang merupakan Persatuan Kebajikan Haiwan-Haiwan Kurang Dijaga Selangor.

Saingan akhir program MSM 2 sebentar tadi menyaksikan cabaran terhebat yang pernah dihadapi kedua-dua finalis itu apabila buat pertama kali mereka akan menyediakan sajian “First Class” untuk 10 orang penumpang kelas pertama pesawat A380.

Kedua-dua mereka diminta menyediakan tiga jenis sajian iaitu pembuka selera, hidangan utama dan pemanis mulut. Bahan-bahan yang digunakan dalam cabaran terakhir ini juga agak eksklusif berbanding cabaran sebelum ini dan kedua-dua finalis telah bersaing sambil dibantu dan dipantau oleh chef-chef dari Brahim’s Airline Catering.

Kemenangan Syura ini menjadikannya selebriti atau artis kedua merangkul gelaran itu selepas Dato` Fazley memenanginya di musim pertama MasterChef Selebriti Malaysia. – murai.com.my

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments

12 thoughts on “Syura Dinobat Juara MasterChef Selebriti Malaysia 2”

  1. Tak payah tengok cite Korea… tgk MASTER CHEF pun aku boleh mengalirkan air mata T_T ~ terahru dgn hubungan “persahabatan” yg peserta2 celebrity ni tunjukan well done SYURA and CELINA cp jew dr wall fb aku hu hu hu >..<

    1. kucinghitam says:

      huh apa kena mengena kdrama ngn masterchef eeerk
      kucinghitam recently posted…IBU ALMY NADIA PATAH TULANG, RUMAH TERBAKARMy Profile

    2. kucinghitam says:

      dah jelas berlainan hahaha awat xckp layan ceta hindustan jer kan
      kucinghitam recently posted…IBU ALMY NADIA PATAH TULANG, RUMAH TERBAKARMy Profile

  2. onlajer says:

    cis gua tak tengok pulak , nak tengok apa kalau takde astro
    onlajer recently posted…Rock On Wednesday : Edisi BerkabusMy Profile

    1. Ummar Farouk says:

      Samalah kita… Saluran astro tak ada, dan tak ada masa nak tonton pula… Huhu…
      Ummar Farouk recently posted…Mana Satu Anda Pilih? Masa Muda Atau Masa Tua?My Profile

      1. kucinghitam says:

        sama la tgk utube ja abe2
        kucinghitam recently posted…IBU ALMY NADIA PATAH TULANG, RUMAH TERBAKARMy Profile

    2. kucinghitam says:

      xpa tgk ja kat youtube sure ada punya la
      kucinghitam recently posted…IBU ALMY NADIA PATAH TULANG, RUMAH TERBAKARMy Profile

  3. Baju Korea says:

    absolutely appreciate your web-site however you should confirm the transliteration on quite a few of this posts. A variety of them are usually rife along with punctuation concerns and I in discovering them extremely bothersome to see the simple truth nonetheless We’ll absolutely arrive yet again again.

    1. kucinghitam says:

      apa kejadah nnie :X
      kucinghitam recently posted…IBU ALMY NADIA PATAH TULANG, RUMAH TERBAKARMy Profile

  4. kucinghitam says:

    tahniah tp nak che ta final hahahaha
    kucinghitam recently posted…IBU ALMY NADIA PATAH TULANG, RUMAH TERBAKARMy Profile

  5. nabila biela says:

    yeahhhh…suke syura menanggg
    nabila biela recently posted…5 Penemuan Aneh Yang Menggemparkan DuniaMy Profile

  6. wooots says:

    tahniah…memang terbaikla syura…
    wooots recently posted…Ranking pertama dalam google search, siapa nak macam ni?My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge