Syamsul Yusuf Bakal Berkahwin ?

Syamsul Yusuf Bakal Berkahwin. Melalui gambar yang tersebar, kelihatan ibu dan bapa Syamsul, Datuk Yusof Haslam serta Datin Patimah Ismail

Syamsul adalah seorang pengarah muda yang berkaliber dan memberikan komitmen yang terbaik untuk semua filem bawah arahannya sendiri. Seperti yang kita tahu bermacam macam dugaan yang menimpa syamsul sejak kebelakangan ini, antaranya filem KL GANGSTER 2 bocor. Mungkin Allah telah aturkan yang terbaik untuknya.

Syamsul Yusuf Bakal Berkahwin ? | KHABAR angin tersebar mengatakan pengarah filem terkenal, Syamsul Yusof telah merisik pelakon cantik, Puteri Sarah Liyana untuk dijadikan isterinya.

Syamsul Yusuf Bakal Berkahwin ?

Melalui gambar yang tersebar, kelihatan ibu dan bapa Syamsul, Datuk Yusof Haslam serta Datin Patimah Ismail bergambar bersama Puteri Sarah di atas pelamin.

Namun, masih tiada kenyataan dibuat oleh kedua-duanya.

Sebelum ini, Syamsul ada menyuarakan hasrat untuk mendirikan rumah tangga pada tahun lalu.

Manakala September lalu, menurut ibunya, Syamsul telah memaklumkan mengenai calon menantunya itu.

Melalui temu bual bersama Sinar Harian Online sekitar promosi Gangster Celop, Februari lalu, Syamsul enggan memberi komentar terhadap gosip yang mengaitkan dirinya dengan pelakon cantik itu.

“ Saya tak ada apa-apa komen. Saya dengan Puteri Sarah, kami profesional, kami ‘shoot’ sama. Saya sebenarnya dah tak nak komen lebih-lebih tentang kehidupan peribadi saya.

“Saya lihat banyak lebih ke arah yang bila orang tahu banyak tentang saya, lebih banyak perkara yang negatif daripada positif. Jadi, apabila sampai masa saya akan beritahu. Saya akan kongsi,” katanya

Sumber

Semoga syamsul berbahagia, ingat Allah tidak akan uji manusia lebih daripada apa yang dia mampu. Apa apa pun admin ucapkan tahniah kepada syamsul yusuf dan pasangan, semoga berkekalan sehingga akhir hayat, inshaAllah.

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments