Syamsul Dan Syafiq Kongsi Majlis Resepsi Perkahwinan

Syamsul Dan Syafiq Kongsi Majlis Resepsi Syamsul dan Syafiq akhirnya memilih tarikh 18 April depan untuk mengadakan majlis resepsi perkahwinan masing-masing

Syamsul Dan Syafiq Kongsi Majlis Resepsi Perkahwinan | Seperti yang telah di hebohkan pada hujung tahun lepas yang syamsul dan syafiq masing masing mempunya kekasih hati, kini mereka berdua sanggup berkongsi Majlis resepi yang akan diakan pada 13 Mac depan. Sama sama kita baca berita penuh :

Syamsul Dan Syafiq Kongsi Majlis Resepsi Perkahwinan

Patimah dan suaminya, Yusof sedang melakukan persiapan untuk perkahwinan dua anak lelaki mereka.

PETALING JAYA: Anak kepada pengarah filem Datuk Yusof Haslam iaitu Syamsul dan Syafiq akhirnya memilih tarikh 18 April depan untuk mengadakan majlis resepsi perkahwinan masing-masing.

Ibu kepada kedua-dua selebriti tersebut, Datin Patimah Ismail berkata, majlis resepsi berkenaan akan diadakan di Dewan Perdana Felda, dekat sini pada pukul 8 malam.

“Insya-Allah pihak kami akan mengadakan majlis resepsi itu serentak secara sederhana dengan kehadiran semua kaum keluarga, rakan-rakan dan teman media pada majlis sambut menantu.

“Selain itu, kami juga merancang untuk mengadakan satu majlis kecil di rumah atas permintaan anak-anak selepas acara di Dewan Felda,” katanya kepada mStar Online ketika dihubungi pada Khamis.
Syamsul dan Puteri Sarah bakal disatukan pada 8 Mac ini.

Dalam perkembangan sama, Patimah turut mengesahkan Syamsul bakal diijabkabulkan dengan aktres Puteri Sarah Liyana pada 8 Mac ini di Masjid Sri Damansara di sini pada pukul 10 pagi.

Patimah berkata, majlis resepsi pihak perempuan akan diadakan pada sebelah malam hari yang sama di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam bertemakan Islamic Arabian Night.

“Syamsul sendiri yang berhajat untuk mengadakan majlis perkahwinan dengan tema tersebut kerana ingin memakai jubah pada hari bahagianya dan berharap semua perkara akan berjalan lancar,” katanya.
Manakala Syafiq dan Aiesyah akan bernikah pada 5 April 2014.

Tambah Patimah lagi, majlis pernikahan Syafiq dengan tunangnya, Aiesyah Zainal pula akan diadakan pada 5 April depan iaitu kira-kira sebulan selepas pernikahan Syamsul.

“Saya kini sedang menguruskan permohonan pernikahan mereka di pejabat agama dan persiapan di pihak lelaki setakat ini berjalan lancar,” katanya.

Pada 12 Januari lalu, Syamsul telah merisik Puteri Sarah dalam satu majlis yang diadakan di kediaman wanita itu di Sri Damansara, di sini.

Manakala Syafiq mengikat tali pertunangan dengan Aiesyah pada 23 Disember 2012.

Sumber

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments