Subhanallah! Warga AS Peluk Islam Selepas Melihat Susunan Saf Solat

subhanallah-kaabah.jpg

Subhanallah! Warga AS Peluk Islam Selepas Melihat Susunan Saf Solat | Assalamualaikum dan selamat sejahtera pembaca blog fuh.my yang budiman. Tadi Dr Fuh ada terbaca satu laman berkenaan orang Amerika memeluk Islam setelah melihat satu peristiwa yang mengujakan. Jom kita ba kisah ni dan hayati bertapa besarnya kekuasaan Allah.

Dalam satu program bertajuk ONE FAMILY dalam saluran Majd Channel, Moderatornya ialah Dr.Yahya Alyahya (head of the CALL to Islam Committee) menceritakan sebuah kisah tentang seorang lelaki Amerika bukan Muslim yang berbincang dengannya mengenai Islam ketika sedang menonton siaran langsung Solat Isha’ dalam bulan Ramadhan di Makkah.

Lelaki Amerika itu sangat terkejut melihat keadaan umat Islam melalui kaca TV itu, melebihi 3 Juta orang yang berhimpit antara satu sama lain di dalam Masjidil Haram pada malam terakhir di dalam bulan suci Ramadhan itu, terlalu ramai dan sangat tidak terurus.

Subhanallah! Warga AS Peluk Islam Selepas Melihat Susunan Saf Solat

Sheikh tersebut bertanya kepada lelaki Amerika itu

” Berapa lama kamu fikir mereka akan menguruskan diri masing-masing untuk berada dalam barisan dan memulakan solat?

Lelaki Amerika itu menjawab

” Sekurang-kurangnya 2-3 jam”

Sheikh itu berkata

” Tetapi Masjidil Haram mempunyai 4 aras?”

Lelaki itu menjawab

” Oh, kalau begitu pasti akan mengambil masa lebih kurang 12 jam!”

Sheikh itu berkata lagi

Kamu bayangkan bahawa mereka datang dari seluruh pelusuk dunia dengan berlainan bahasa, mungkinkah mereka dapat berada dalam satu barisan untuk memulakan solat?”

Lelaki Amerika itu menjawab

” Jika begitu amat mustahil bagi mereka untuk menguruskan diri agar berada dalam satu barisan untuk memulakan solat!!”

Dan apabila waktu solat sudah pun tiba, Sheikh Abdul Rahman As-Suddais berdiri tegak lalu melaungkan kalimah

” Rapatkan Saf… “

Dan dalam beberapa saat saja, seluruh pemandangan di Masjdil Haram berubah serta merta dan 3 Juta Muslim sebentar tadi telah tersusun rapi dalam barisan hanya SEKELIP MATA.

Subhanallah! Warga AS Peluk Islam Selepas Melihat Susunan Saf Solat

Lelaki Amerika itu memandang kaca TV sejenak lalu beliau berkata

“ASH-HADU ALLAH ILAHA ILLA ALLAH WA ASH-HADU ANNA MUHAMMADAN RASULULLAH”

I bear witness that there is none worthy of worship but ALLAH, and I bear witness that Mohammad is His Servant and Messenger

Allahu Rabbi! Lihatlah betapa ajaibnya Islam, hanya kerana saf salat saja boleh menarik penganut agama lain untuk yakin dengan agama mulia ini – sumber asal

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments

5 thoughts on “Subhanallah! Warga AS Peluk Islam Selepas Melihat Susunan Saf Solat”

  1. Ummar Farouk says:

    Subhanallah! semoga lelaki tersebut konsisten dalam menerima agama Islam sebagai jalan hidupnya. Amin.
    Ummar Farouk recently posted…Kata-kata Seorang Gadis Syria Ini Membuatkan Gadis Melayu yang Lain Berasa Cemburu!My Profile

  2. Alhamdulillah semoga makin ramai yang akan memeluk agama islam amin

  3. This is one awesome blog.Thanks Again. Much obliged.

  4. malbath says:

    Subhanallah…Bila Allah menghendakki pasti berlaku..Innama amruhu iza aroda syaiananyakulalahukunfayakuunn

  5. Argentum says:

    Mohon admin betulkan balik kalimah syahadah dalam rumi tu. maksud dia dah lain dari yang sepatutnya. elok tulis je dalam bahasa arab

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge