Subhanallah! Bayi Ajaib Ini Lahir Tanpa Darah?

Oliver-Morgan-no-blood-tiada-darah1.jpg

Subhanallah! Bayi Ajaib Ini Lahir Tanpa Darah? | BAYI ajaib yang diberi nama Oliver Morgan diibaratkan mati hidup semula selepas dilahirkan tanpa darah di dalam badannya. Ia merupakan satu keadaan yang jarang berlaku dimana darahnya mengering ketika berada dalam rahim.

Ketika diahirkan, dia kelihatan pucat dan seakan-akan sudah mati dan doktor tidak dapat mencari denyutan jantung dalam tempoh 25 minit yang menakjubkan.

Oliver terselamat dari keadaan pelik itu setelah diberikan oksigen, jantungnya diurut lembut dan menjalani transfusi darah untuk menyelamatkan nyawa.

Pasukan medik yang berjuang menyelamatkan nyawa bayi itu merasa tersentuh apabila monitor tekanan jantung menunjukkan tindakbalas yang pertama.

Ibu bayi itu, seorang pegawai eksekutif penerbitan Katy, 36, dari Maidstone, Kent, berkata: “kelahiran Oliver membuatkan saya trauma sehingga masih tidak mampu mengawal perasaan untuk bercerita hingga sekarang. Dia dilahirkan seperti sudah mati kerana tidak ada darah di dalam badannya tetapi sekarang dia duduk di sini sambil tersenyum kepada saya”.

“Para doktor secara literal menyelamatkan nyawa anak saya dan saya hanya mampu berterima kasih yang tidak terhingga kepada mereka untuk hadiah yang cukup indah ini”,tambah wanita itu.

Oliver hampir mati kerana kehilangan disebabkan sejenis keadaan yang jarang berlaku dipanggil Vasa Previa di mana ia membentuk satu urat tambahan di dalam rahim ibunya.

Urat tambahan itu meletup pada minggu ke 37 ½ minggu kehamilannya menyebabkan dia tumpah darah.

Dia dikejarkan ke Hospital Besar Maidstone dan terkejut apabila mendapati darah itu datang dari bayinya.

Subhanallah! Bayi Ini Lahir Tanpa Darah? BAYI ajaib yang diberi nama Oliver Morgan diibaratkan mati hidup semula selepas dilahirkan tanpa darah..

Oliver Morgan kini berusia 15 bulan dan berada dalam keadaan sihat dan riang.

Oliver dilahirkan oleh secara pembedahan caeserian seberat 6 pound 1oz pada 5:12 pagi. Doktor cuba untuk memulihkan keadaanya dan darah dipam ke dalam saraf pusat dan pada 5:37 pagi denyutan jantung yang pertama telah dikesan dan bertambah kuat kerana dia telah diberikan lebih banyak darah.

Katy yang ketika itu masih tidak sedarkan diri kerana ubat bius berkata: “Doktor memberitahunya ia adalah satu keadaan yang paling luar biasa pernah mereka lihat”.

Oliver tidak mempunyai darah, tiada degupan jantung dan kelihatan seperti sudah mati tetapi entah bagaimana dia masih bernyawa. Mereka sangat bimbang bayi itu mengalami kerosakan otak selepas kekurangan oksigen dalam tempoh yang agak lama.”

Oliver telah dibawa ke unit penjagaan khas bayi di mana doktor memutuskan untuk menurunkan suhu badannya untuk menyelamatkan otaknya dari kerosakan.Dia telah diletakkan di dalam baju sejuk supaya suhu badannya berada pada 33 ° C untuk membantu pengaliran darah dari kulit, otak dan jantung agar dia sembuh dengan lebih cepat.

Selepas 3 hari, perunding mula meningkatkan suhunya pada suhu normal 37° C dengah setengah darjah sehari.Pada masa yang sama, susu oleh ibunya dipam terus ke dalam perut.Selepas 11 hari,keadaan Oliver cukup baik untuk dibawa pulang.

“Adalah sukar untuk mempercayainya, tetapi kanak-kanak itu kini menjalani hidup dalam keadaan sihat dan gembira bersama keluarganya.

Sumber: The Sun Daily

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments

3 thoughts on “Subhanallah! Bayi Ajaib Ini Lahir Tanpa Darah?”

  1. Kuasa Allah. Siapa sangka bayi yang seakan-akan sudah mati dengan 25 minit x berdenyut, hidup semula… Subhanallah..
    Aniqbukhary32 recently posted…Girlfriend sama macam anjing?My Profile

  2. katanajeeb says:

    rezeki dia untuk hidup di bumi Allah…. Subhanallah….
    katanajeeb recently posted…Berkorban di AidilAdhaMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge