Suami Dipenjara, Isteri Dicekup Ketika Berasmara

zzz.jpg

Suami Dipenjara, Isteri Dicekup Ketika Berasmara | KLUANG – Ketiadaan suami akibat dipenjara atas kesalahan dadah menjadi ‘tiket’ buat seorang isteri berlaku curang bersama kekasihnya.

Bagaimanapun tindakan wanita berusia 29 tahun itu terbongkar apabila dia dicekup bersama teman lelaki di rumahnya di sini, semalam.

Kelakuan sumbang yang difahamkan berlaku sejak lebih sebulan lalu oleh penduduk setempat yang pada mulanya menyangka lelaki terbabit adalah suaminya.

Pegawai Tadbir Agama Daerah Kluang, Khalil Md Noor berkata, berdasarkan laporan yang dibuat, satu pasukan anggota penguat kuasa Jaij melakukan serbuan ke rumah wanita terbabit.

“Setibanya di rumah berkenaan, pihak kami mendapati keadaan rumahnya gelap dan hanya lampu di bahagian dapur dipasang. Sebuah motosikal yang digunakan lelaki tersebut diletakkan di bahagian belakang rumah kononnya untuk mengaburi orang ramai agar tidak mengetahui kehadiran lelaki berkenaan.

“Selepas disiasat, pihak kami mendapati ada penghuni di rumah tersebut kerana kipas angin di ruang tamu terpasang selain terdapat kelibat pergerakan manusia menerusi cermin tingkap,” katanya.

Mohd Khalil berkata, selepas mengetuk pintu rumah berkenaan, pihaknya terpaksa menunggu hampir 20 minit sebelum seorang wanita bersama seorang lelaki berusia 29 tahun membuka pintu.

Ketika soal siasat dijalankan katanya, pasangan berkenaan menyatakan bahawa mereka adalah pasangan suami isteri yang sah.

“Namun hasil pemeriksaan dijalankan, pasangan terbabit gagal menunjukkan mereka adalah pasangan suami isteri sebelum mereka mengaku merancang untuk bernikah selepas wanita berkenaan bercerai.

“Apa yang lebih mengejutkan adalah anak perempuan wanita tersebut yang berusia empat tahun turut tidak mempunyai sah taraf melalui pemeriksaan terhadap surat beranak milik kanak-kanak berkenaan,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, pasangan itu disiasat di bawah seksyen Seksyen 27 (1)(a)&(b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor 1997 dan boleh dikenakan denda maksimum RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

“Kami juga akan membuat siasatan lanjut ke atas kanak-kanak tersebut bagi menentukan kedudukannya yang sebenar,” katanya. – Sinar harian

Dr Fuh – Haishh!! Apa nak jadi lah sekarang ni. Nak salahkan siapa kalau hal begini berlaku? Allahu Rabbi, jauhilah kami dari perkara-perkara terkutuk ini.

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments

5 thoughts on “Suami Dipenjara, Isteri Dicekup Ketika Berasmara”

  1. tu suami kat penjara.. ada yg suami cuma pergi kerja.. bini kat rumah dah bawak balik skandal. Sebab tu la kalau kita dah berstatus isteri kena jaga pergaulan.. Biarlah sombong sikit dengan lelaki yg bukan muhrim asalkan tak ramah sampai ketelanjuran
    lekatlekitgurl recently posted…TAK BESTNYA JADI ARTIS DAN TERKENALMy Profile

  2. omg says:

    mm betul tu.. aku setuju coz pompuan ni kdg2 mudah cair ngan lelaki…

  3. Melayu Lupa Islam? Kantoi, Liwat, Rogol, Sumbang Mahram, Zina
    Melayu Bukan Islam recently posted…Cina India Melayu Hina Islam Kristian HinduMy Profile

  4. cik Ain says:

    apa nak jadi dengan manusia zaman sekarang.. harap bende mcm jauh dari hidup aku.. Amin

  5. vcore says:

    macam2 skang nih .ish2

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge