Status Halal Bagi Coklat Daim Dan Toblerone

Status-Halal-Bagi-Coklat-Daim-Dan-Toblerone-2.jpg

Status Halal Bagi Coklat Daim Dan Toblerone | Nampaknya di media sosial ketika ini kecoh dan hangat diperkatakan berkenaan Status Halal Bagi Coklat Daim Dan Toblerone.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) memperjelaskan status halal bagi coklat Daim dan Toblerone.

Unit Hal Ehwal Korporat Bahagian Hab Halal dalam satu kenyataan hari ini berkata, coklat Daim dan juga Toblerone bukanlah pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia atau mana-mana badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf oleh Jakim. Justeru, pengguna perlu berhati-hati ketika membeli apa jua produk makanan dan seharusnya memastikan terlebih dahulu status halalnya.

Status Halal Bagi Coklat Daim Dan Toblerone

“Jadi, sebagai pengguna perlulah bijak membeli produk yang mempunyai logo halal Malaysia atau logo halal luar negara yg diiktiraf oleh Jakim.

“Untuk mengetahui produk yang mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia serta badan pensijilan/logo halal luar negara yang diiktiraf oleh Jakim boleh layari www.halal.gov.my,” katanya.

Tambahnya, bagi sebarang kemusykilan dan penjelasan berkenaan isu-isu halal yang viral boleh layari laman Facebook Bahagian Hab Halal, Jakim.

17 Disember lalu, Jakim memperjelaskan coklat jenama Kit Kat keluaran Nestle yang didakwa mengandungi alkohol memang wujud dan terdapat di pasaran, namun bukan di pasaran dan dikilangkan di Malaysia sepertimana yang diviralkan di media sosial.

Jakim tidak akan mengeluarkan pengesahan halal untuk produk yang jelas menggunakan alkohol.

“Perlu ditegaskan di sini bahawa produk jenama Nestle yang dikilangkan di Malaysia mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang masih sah,” katanya. – Sinar

So pilihlah coklat/makanan yang disahkan halal ye. Barulah tiada rasa was-was.

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Latest posts by Dr Fuh (see all)

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge