Sotong Gergasi Sepanjang 8 Meter Berjaya Dirakam

Sotong Gergasi Sepanjang 8 Meter Berjaya Dirakam. TOKYO - Beberapa saintis, mereka berjaya merakam sotong gergasi kira-kira lapan meter di Lautan Pasifik.

Sotong Gergasi Sepanjang 8 Meter Berjaya Dirakam | Seperti mana yang kita tahu, tak mustahil ada gergasi yang masih hidup di dalam  lautan yang serba luas. Yang terbaru Sotong Gergasi Sepanjang 8 Meter Berjaya Dirakam oleh pihak National Geography. Jom baca berita selanjutnya :

Sotong Gergasi Sepanjang 8 Meter Berjaya Dirakam

TOKYO – Beberapa saintis menyatakan mereka berjaya merakamkan gambar seekor sotong gergasi sepanjang kira-kira lapan meter di dasar Lautan Pasifik.

Pendedahan itu dibuat semalam selepas pihak Muzium Sains Kebangsaan Jepun berjaya membuat penggambaran haiwan laut dalam itu di habitat semula jadi sotong berkenaan buat kali pertama.
Ia merupakan hasil kerjasama dengan stesen televisyen NHK dan saluran Discovery Channel.
Para saintis itu menemui sotong tersebut pada kedalaman 630 meter dengan menggunakan sebuah kapal selam pada Julai tahun lalu sekitar 15 kilometer ke timur Pulau Chichi di utara Lautan Pasifik.
Penyelidik muzium tersebut, Tsunemi Kubodera berkata, pasukan penyelidikannya mengekori sotong besar itu pada kedalaman 900 meter ketika haiwan berkenaan menyelam jauh ke dasar lautan.
Rakaman stesen televisyen NHK menunjukkan haiwan berwarna perak dan bermata hitam besar itu berenang melawan arus laut dengan belalainya melilit umpan sotong.
“Haiwan itu bersinar dan amat cantik,” kata Kubodera.
Sebelum ini, Kubodera hanya merakamkan gambar seekor sotong raksasa yang ditangkap dan dinaikkan ke dalam botnya pada tahun 2006. – AFP
The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments