Skully – Topi Keledar Dengan Sokongan AR Dan Berasaskan Android

skully-helmet-1-540x536.jpg

Skully – Topi Keledar Dengan Sokongan AR Dan Berasaskan Android | Pernahkah anda mendengar tentang adanya topi keledar berasaskan android sebelum ini? Adakah ini pertama kali anda mendengarnya? Perkongsian Luna kali ini adalah mengenai topi keledar yang mempunyai sokongan AR dan berasaskan android (SKULLY).

Pada zaman siber yang berteknologi tinggi dan canggih ini telah terciptanya pelbagai gadget baru yang mempunyai ciri fizikal yang berfungsi secara ‘2 IN 1’ gerpak memudahkan pengguna  melakukan dua kerja dalam suatu masa yang sama. Teknologi seumpama Google Glass telah hangat diperkatakan sejak tahun lepas, dan beberapa topi keledar turut hadir dengan sokongan lebih kurang menyerupainya. Terkini, salah satunya adalah Skully Helmets.

Apakah Skully Helmets?Sudah tentu ia adalah topi keledar kan. Apakah fungsinya? Jom kita terjah gadget yang serba moden dan canggih ini.

skully

Topi Keledar Skully  berfungsi bukan sahaja sebagai sokongan navigasi, tetapi topi keledar yang menggunakan sistem operasi berasaskan kepada Android ini turut dilengkapi dengan kamera belakang, disamping membolehkan pengguna mengikuti pelbagai notifikasi daripada telefon pintar dengan mudah.

Topi keledar ini turut menggunakan kawalan menggunakan arahan suara untuk membuat beberapa kawalan asas, seperti memainkan lagu dan sebagainya. Mengikut apa yang dikatakan pihak Skully, bateri yang didatangkan terbina pada topi keledar berkenaan dijangka boleh digunakan selama lebih kurang 9 jam.

Topi keledar ini juga dikatakan boleh dihubungkan bukan sahaja kepada peranti Android, tetapi turut sama menyokong peranti iOS.

Buat masa ini, harganya tidak diketahui lagi dan dijangka akan mula dijual dalam masa beberapa bulan lagi.

Di bawah adalah video pengenalan Skully Helmets

Nota Luna Nana : Anda berminat dengan topi keledar yang serba canggih dan berteknologi ini? Mulai sekarang, anda boleh mula menabung untuk memiliki Topi keledar Skully ini. Dengan teknologi yang canggih ini ,pasti ia akan memudahkan penunggang motosikal di jalan raya.

Sumber perkongsian

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments

3 thoughts on “Skully – Topi Keledar Dengan Sokongan AR Dan Berasaskan Android”

  1. silenceblogz says:

    bagus ni bawak gi main paintball nnt ni… fully covered

  2. kucinghitam says:

    skully tengkorok hehe ok la pandai pilih nama

  3. Yang pasti topi keledar ni tak mampu untuk mana2 mat rempit beli atau orang awam yang naik kapcai je jadi sudah pasti pengeluarannya terhad. So tak bermanafaat jugak pada masyarakat sebab fungsi yang hebat & canggih hanya untuk golongan tertentu je kan?? kekekeke
    lekatlekitgurl recently posted…BAKAL NURSE BERTUDUNG BERGAMBAR DENGAN ANU LELAKIMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge