Shah Rukh Khan Pelakon Ke-2 Lelaki Terkaya Didunia

Shah Rukh Khan Pelakon Ke-2 Lelaki Terkaya Didunia

Shah Rukh Khan Pelakon Ke-2 Lelaki Terkaya Didunia | Firma global Wealth-X baru saja mengeluarkan senarai Pelakon kaya di Dunia, . Di senarai yang didominasi pelakon Hollywood ini, ada satu nama yang mencuri perhatian, Shahrukh Khan .

Pelakon tersohor Bollywood ini berjaya menduduki peringkat kedua dan mengalahkan pelakon popular hollywood seperti Tom Cruise dan Johnny Depp . Shahrukh Khan dianggarkan mempunyai kekayaan sebanyak US $ 600 juta . Ia menjadi satu-satunya pelakon berasal dari India yang berjaya masuk dalam senarai ini.

“Shahrukh Khan punya populariti luar biasa di seluruh dunia termasuk di negara asalnya, India,” tulis Wealth-X . “Dia juga merupakan seorang penerbit, presenter, pemilik kelab kriket dan dermawan. Dia pernah muncul dalam lebih daripada 50 filem Bollywood serta kerap tampil di Festival Filem Cannes.” Tom sendiri menyusul di kedudukan berikutnya dengan US $ 480 juta .

Sedangkan Johnny ada di peringkat 4 dengan US $ 450 . Sementara itu, kedudukan puncak diduduki pelawak Jerry Seinfeld dengan US $ 820 juta . Berikut ini senarai 10 Pelakon kaya di Dunia versi Wealth-X :

1.Jerry Seinfeld: US $ 820 juta
2.Shahrukh Khan: US $ 600 juta
3.Tom Cruise: US $ 480 juta
4.Johnny Depp: US $ 450 juta
5.Tyler Perry: US $ 450 juta
6.Jack Nicholson: US $ 400 juta
7.Tom Hanks: US $ 390 juta
8.Bill Cosby: US $ 380 juta
9.Clint Eastwood: US $ 370 juta
10.Adam Sandler: US $ 340 juta

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments