Sepasang Atlet Terengganu Kantoi Dengan JAWI?

Sepasang Atlet Terengganu Kantoi Dengan JAWI?

Sepasang Atlet Terengganu Kantoi Dengan JAWI?

Sepasang Atlet Terengganu Kantoi Dengan JAWI? | Kuala Lumpur: Dua atlet Terengganu ditahan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dalam operasi cegah maksiat di ibu kota awal pagi semalam.

Pemain bola tampar lelaki berusia 20 tahun ditahan bersama pasangannya, pemain hoki wanita dalam serbuan kira-kira jam 2 pagi.

Ketua Penguat Kuasa JAWI, Wan Jaafar Wan Ahmad, berkata atlet lelaki terbabit memberi alasan mereka menginap sebilik kerana bimbang kekasihnya dirampas lelaki lain.

“Pasangan ini ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 19 Akta Jenayah Syariah 1997,” katanya kepada pemberita selepas operasi di Cheras, awal pagi semalam.

Dalam operasi sehingga jam 4 pagi itu, JAWI menahan 30 individu Islam termasuk 12 wanita dipercayai minum arak sambil berhibur di kelab dangdut.

Operasi berkenaan menjadi kecoh seketika berikutan tindakan pengawal kelab yang bertindak kasar merampas perakam video kumpulan media dan memadam aksi dalam operasi berkenaan. Bagaimanapun, situasi berjaya dikawal dengan bantuan polis dan pihak pengurusan kelab terbabit.

GRO berbaju kebaya, kurung

Dalam serbuan terbabit, sebahagian wanita yang ditahan dipercayai gadis pelayan pelanggan (GRO) berbaju kebaya dan kurung sambil minum arak.

Wan Jaafar berkata, pihaknya percaya kelab berkenaan diuruskan oleh individu Islam namun pihaknya tidak dapat mengesahkan lesen perniagaan berikutan ketiadaan pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam operasi berkenaan.

“Pihak JAWI sudah memantau kelab berkenaan sejak beberapa bulan lalu dan mendapati ia menjadi tumpuan Melayu Islam untuk berhibur dan minum arak,” katanya.

Sumber

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments