Seorang Wanita Mengaku Suaminya Sultan Melaka

Seorang Wanita Mengaku Suaminya Sultan Melaka. Sultan Melaka, Waris Sultan Melaka. Asal Usul Sultan Melaka. Biodata Sultan Melaka. Keturunan Sultan Melaka.

Tergempar lagi, kali ini seorang perempuan mengaku suaminya ialah waris keturunan sultan melaka. Bagi admin mungkin dia terlalu banyak sangat buat kajian dan tidak bincang dengan orang lain, dia pendamkan dan lepas tu dia luahkan, sebab tu dia jadi macam tu. Sama juga macam kes Langkasuka yang pernah menggemparkan kita pada tahun lepas. Apa apa pun jom sama sama kita baca artikel ni :

Seorang Wanita Mengaku Suaminya Sultan Melaka | KUALA LUMPUR: Tidak sampai seminggu lelaki yang mendakwa dirinya sebagai `Sultan Melaka’ ditahan polis, kini, ada pula seorang wanita yang mengelar dirinya sebagai ‘permaisuri’, mendakwa suaminyalah sepatutnya mewarisi takhta Kesultanan Melayu Melaka.

Seorang Wanita Mengaku Suaminya Sultan Melaka

Menurut laporan mStar online, ‘permaisuri’ dari Seri Kembangan, Selangor, telah melabelkan Raja Noor Jan Shah yang mendakwa dirinya ‘Sultan Melaka’ selama ini, hanya berlagak semata-mata.

Malah, ‘permaisuri’ yang bernama Bonda Ratu Kuasa Alam Tan Sri Sharifah Norlaini Kesemua Dinegeret (Ratu Kepulauan Melayu), warga Indonesia dengan keturunan Turki- Acheh itu, telah menuntut Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron memberikan ikrar taat setia kepadanya.

Lebih mengejutkan lagi, pembantu peribadi ‘permaisuri’ itu, Hidhir Yusof, berkata majikannya mempunyai kuasa luar biasa dan memberi amaran bahawa dia boleh membuat sumpahan ke atas Melaka jika marah.

“Dia boleh memanggil ribut angin dan hujan yang tidak berhenti-henti jika tidak dapat menahan kesabarannya.

“Oleh itu, lebih baik ketua menteri bertemu dengannya dan mendengar rahsia Kesultanan Melaka yang tidak sabar-sabar untuk didedahkan kepada beliau,” kata Hidhir kepada mStar online.

Ia dilaporkan bahawa, ‘permaisuri’ itu cuba bertemu dengan Idris tetapi percubaan itu kurang berjaya.

Pada 14 Januari lepas, Raja Noor Jan Shah ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung dakwaan menganjurkan beberapa majlis penganugerahan pingat, bintang dan darjah kebesaran yang tidak diiktiraf.

Penahan itu dibuat dibawah Seksyen 4 (1) Akta Hasutan, selepas pihak polis Melaka menerima lapan laporan dibuat individu dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Sumber

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments