Seniwati Datin Umi Kalthum Meninggal Dunia. Innalillah

Seniwati-Datin-Umi-Kalthum-Meninggal-Dunia.jpg

Seniwati Datin Umi Kalthum Meninggal Dunia. Innalillah | SENIWATI veteran Datin Umi Kalthum meninggal dunia awal pagi tadi. Berita ini disahkan oleh Presiden Persatuan Seniman, Zed Zaidi.

Menurut Zed Zaidi, Allahyarham meninggal dunia di rumahnya di Taman Ukay Perdana Saujana Melawati.

“Allahyarham meninggal dunia pada jam 4.30 pagi.

“Jenazah dijadualkan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Klang Gate, Hulu Klang, sebelum solat Zuhur, “ katanya.

Umi Kalthum, ataupun nama sebenarnya Patimah Bahaudin, merupakan heroin filem Melayu klasik yang terkenal sebagai Putih dalam filem Bawang Putih Bawang Merah (1959).

Beliau juga pernah dipilih sebagai Wanita Melayu Paling Jelita di Asia pada zaman kegemilangannya oleh sebuah majalah di Australia.

Allahyarham, yang berasal dari Lenggeng Negeri Sembilan, pernah digelar sebuah majalah antarabangsa sebagai “Wanita Melayu Paling Jelita” di seluruh Singapura dan Malaya.

Beliau juga pernah dipilih sebagai Wanita Melayu Paling Jelita di Asia pada zaman kegemilangannya oleh sebuah majalah di Australia.

Allahyarhamah Umi Kalthum juga merupakan ibu kepada pelakon Noor Kumalasari dan ibu tiri kepada Anita Sarawak. – SinarHarian

Al-Fatihah. Sama-sama kita doakan Allahyarhamah Datin Umi Kalthum dicucuri rahmat, diampunkan segala dosa dan ditempatkan dikalangan orang-orang beriman. Takziah kepada keluarga beliau.

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments

2 thoughts on “Seniwati Datin Umi Kalthum Meninggal Dunia. Innalillah”

  1. saraheyy says:

    takziah kepada keluarga Allahyarhamah. Al-Fatihah ~

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge