Seni Tampalan Yang Indah Diperbuat Dari Kain Jeans Terpakai

Seni-Tampalan-Yang-Indah-Diperbuat-Dari-Kain-Jeans-Terpakai.jpg

Seni Tampalan Yang Indah Diperbuat Dari Kain Jeans Terpakai | Seluar blue jeans (jeans biru) sudah menjadi pakaian yang popular di kalangan pemuda, kita dapat mencari kanak-kanak danorang dewasa yang memakai seluar jeans biru di mana-mana.

Setelah jeans biru sudah boleh mengalahkan seluar dari bahan kapas, saatnya bagi jeans biru untuk memasuki tahap baru dalam perkembangannya. Kain denim adalah bahan kuat untuk seluar jeans biru. Dan denim sekarang menjadi media untuk melakukan sesuatu yang kreatif dan inovatif.

Seniman tekstil bercita-cita tinggi Ian Berry boleh membuat karya seni permandangan penuh inspirasi. Dia berasal dari Sweden yang juga dikenali nama “DeniMu.” Berry mengambil manfaat dari banyak warna denim biru untuk mewujudkan permandangan dengan interior terperinci setanding dengan apa yang boleh dilakukan oleh berus dan dakwat lukis.

Berry, alias DeniMu, pertama kali memulakan karya denimnya setelah mendapati longgokkan seluar jeans kitar semula (usang) di rumahnya yang terletak di Huddersfield, United Kingdom.

Dimana kebanyakan orang akan melihat longgokkan itu adalah sampah atau paling tidak untuk sumbangan amal, akan tetapi dia melihat sebuah media baru untuk karya seni.

Dia memulakan bereksperimen dengan denim selama menjadi art director di London, dan walaupun kerjayanya cukup berjaya untuk jenama besar seperti Nissan dan Guinness, namun dia memutuskan untuk mendedikasikan perhatian penuh kepada semangat berkarya dengan seluar jeans.

 Seni Tampalan Yang Indah Diperbuat Dari Kain Jeans Terpakai2 Seni Tampalan Yang Indah Diperbuat Dari Kain Jeans Terpakai3 Seni Tampalan Yang Indah Diperbuat Dari Kain Jeans Terpakai4 Seni Tampalan Yang Indah Diperbuat Dari Kain Jeans Terpakai5 Seni Tampalan Yang Indah Diperbuat Dari Kain Jeans Terpakai6 Seni Tampalan Yang Indah Diperbuat Dari Kain Jeans Terpakai7

DeniMu dalam membuat karyanya menggunakan pemutih, stensil, dan gam. Dia memerlukan masa beberapa minggu untuk memotong dan menjahit potongan kain jeans menjadi sebuah karya seni hebat.

Landskap dan interior rincinya terbuat dari blue jeans telah dipamerkan di seluruh dunia, termasuk seni dinding yang suda diselesaikannya untuk muzium James Dean di Fairmount, Indiana.

sumber

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge