Seluar Dalam Gambar Masjid Ditemui Di Mydin

Seluar Dalam Gambar Masjid Ditemui Di Mydin. di Mydin telah ditemui seluar dalam yang mempunyai lukisan kartun menggambarkan umat Islam menyambut hari raya

Seluar Dalam Gambar Masjid Ditemui Di Mydin | Assalamualaikum dan selamat sejahtera diucapkan kepada para pembaca yang dikasihi dan dihormati sekalian. Perkara yang menyentuh sensitiviti agama sememangnya perkara yang tidak boleh diambil mudah oleh kita. Tebaru, di Mydin telah ditemui seluar dalam yang mempunyai lukisan kartun menggambarkan umat Islam sedang menyambut hari raya dengan berlatar belakangkan Masjid.

Berdasarkan gambar tersebut yang telah tersebar meluas di media sosial terutamanya Facebook, majoriti pengguna meluahkan rasa tidak puas hati kepada Mydin. Ini disebabkan cetakan gambar pada seluar dalam tersebut menyentuh sensitiviti umat Islam di Malaysia.

Rakyat Malaysia yang beragama Islam telah meminta pihak yang berkaitan untuk menyiasat tentang perkara ini. Perkara sebegini tidak boleh dibiarkan begitu sahaja kerana ia mengaitkan dengan sensitiviti agama rasmi di Malaysia iaitu agama Islam.

Walaubagaimanapun, Pembekal Kepada Mydin, Syarikat Thunder Storm Sdn. Bhd. Telah Memohon Maaf Atas Kesilapan Yang Telah Dilakukan. Syarikat Thunder Storm Sdn. Bhd. dari awalnya telah sedar terhadap cetakan gambar pada seluar dalam tersebut. Mereka berkata bahawa kejadian ini berlaku atas kecuaian yang tidak dapat dielakkan. Mereka juga menyatakan bahawa mereka tidak berniat untuk mempersendakan agama Islam.

Seluar Dalam Dijumpai Di Mydin Yang Menyentuh Sensitiviti Umat Islam

Pihak pengurusan Mydin telah menyarankan bahawa pakaian yang mempunyai cetakan gambar yang boleh menyentuh sensitiviti agama tidak akan lagi dijual dan sekiranya terdapat pakaian-pakaian sebegitu, semuanya akan dipulangkan kepada pembekal. Mydin Juga Telah Memberi Respon Kepada Isu Ini Di Laman Twitter Mereka.

Seluar Dalam Dijumpai Di Mydin Yang Menyentuh Sensitiviti Umat Islam

Produk seluar dalam tersebut difahamkan telah dikeluarkan daripada rak-rak jualan di seluruh Mydin.

Semoga perkara sebegini tidak berulang lagi dan diambil perhatian oleh pengedar-pengedar jualan mahupun pembeli sendiri. – Sumber

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments