10 Selebriti Wanita Yang Masih Cantik Di Usia 40 Tahun

madeleine stowe

10 Selebriti Wanita Yang Masih Cantik Di Usia 40 Tahun | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Menjadi seorang selebriti sangat tidak sesenang yang kita lihat. Selebriti terpaksa menjadi sempurna dalam semua aspek, dari pakaian ke kulit, dari rambut ke kaki, dari mata ke telinga.

Orang hanya melihat dua perkara dalam diri seorang selebriti wanita; kecantikan dan lakonannya. Namun begitu, kecantikan sentiasa boleh mengatasi lakonannya dengan mudah kerana kecantikan mempunyai kebolehan untuk mencapai apa sahaja yang diinginkan di dalam dunia ini.

Di bawah ini adalah senarai 10 selebriti wanita yang masih cantik di usia 40 tahun. Mungkin senarai yang korang baca agak berbeza tetapi mereka dalam senarai ini sememangnya sangat cantik!

Catherine Zeta-Jones

catherin zeta jones

Dilahirkan pada 25 Septermber 1969 di Glamorgan Barat, Wales, UK. Catherine adalah salah seorang selebriti wanita yang paling cantik di usia mudanya dan tidak pernah kehilangan kecantikannya walaupun usianya telah mencapai 40 tahun. Filemnya yang paling popular adalah ‘The Mask of Zorro’ yang menggandingkannya dengan Antonio Banderas.

Salma Hayek

salma hayek

Dilahirkan pada 2 September 1966 di Coatzacoalcos, Mexico, Salma Hayek sentiasa didambakan oleh ramai orang dengan kecantikan dan keanggunan yang ada padanya. Dia adalah salah seorang daripada selebriti wanita yang boleh menjayakan sebuah filem berseorangan dengan melakukan ‘magis’ pada para penonton. Filemnya yang paling popular adalah Desperado.

Courteney Cox

courteney cox

Dilahirkan pada 15 Jun 1964 dalam sebuah keluarga selatan yang mewah. Courtney sangat cantik pada usia mudanya dan semakin bertambah cantik setelah lebih berumur. Dialah yang menjadi motivasi kepada orang ramai yang berpendapat tua adalah teruk. Dia dikenali daripada rancangan tv Friends.

Sandra Bullock

sandra bullock

Sandra Bullock dilahirkan dalam tahun 1964 di Virginia, Washington, DC. Beliau selalu dikenali sebagai selebriti wanita yang paling ‘panas’ pada masa mudanya. Beliau berjaya mengekalkan kejelitaannya dan tidak pernah terfikir untuk melepaskannya. Salah satu filemnya yang popular adalah Crash.

Ellen Pompeo

ellen pompeo

Ellen Pompeo dilahirkan pada 10 November 1969 di Everett, Massachusets, USA. Ellen terkenal dengan rancangan TV hebat ‘Grey’s Anatomy’ mengenai doktor dan kehidupan seharian mereka. Beliau boleh dikatakan salah seorang selebriti wanita paling cantik walaupun pada usia 40 tahun dan tidak adil jika beliau dibandingkan dengan selebriti lain yang lebih muda.

Jennifer Aniston

jennifer aniston

Jennifer Aniston dilahirkan pada 11 Februari 1969 di Sherman Oaks, California, USA. Jenniffer bersama-sama Courtney Cox dikenali dengan rancangan TV Friends yang merupakan salah satu rancangan TV komedi terbaik pada zamannya. Jennifer sangat cantik dari dulu sehingga sekarang. Tiada ragu lagi.

Jennifer Lopez

jennifer lopez

Jennifer Loper dilahirkan pada 24 Julai 1969 di The Bronx, New York, USA. J-Lo adalah sangat cantik dari dulu hingga sekarang dan merupakan selebriti yang sangat anggun. Beliau meraih populariti sebagai seorang pelakon dan juga penyanyi. Kecantikan J-Lo sentiasa dipuji dan seakan-akan tidak pernah luntur.

Nicole Kidman

nicole kidman

Nicole Kidman dilahirkan pada 20 Jun 1967 di Honolulu, Hawaii, USA. Nicola dianggap selebriti wanita paling popular semasa mula menjelmakan diri dalam Holywood. Dengan lakonan yang hebat dan kecantikan yang tak terungkap, beliau menjadi popular dalam masa yang singkat. Filem yang paling popular adalah Moulin Rouge.

Monica Bellucci

monica bellucci

Monica Bellucci dilahirkan pada 30 September 1964 di Citta di Castello, Umbria, Itali. Kecantikan Monica sentiasa meningkat dari hari ke hari walaupun beliau semakin berusia. Monica, seperti Salma Hayek, mempunyai kebolehan untuk menarik minat para penonton untuk menonton filem lakonannya kerana kecantikan yang ada pada tidak boleh dibiarkan oleh sesiapa sahaja di atas planet ini.

Madeleine Stowe

madeleine stowe

Madelein Stowe dilahirkan pada 18 Ogos 1958 di Los Angeles, California, USA. Madeleine dikenali melalui filem lakonannya yang bertajuk The Last of the Mohicans. Beliau sekarang terlibat dengan sebuah rancangan TV bertajuk Revenge yang masih lagi berjalan. Madelein sudah berusia tetapi kecantikannya tidak.

Cantik? Kagum? Kecantikannya yang kekal bagi mereka adalah kelebihan bagi mereka, tetapi kita sebagai manusia tidak boleh memandang kecantikan sebagai satu-satunya kelebihan yang wajib ada dalam diri seorang manusia. Berusahalah untuk mengetahui apa keunikan dalam diri kita kerana setiap manusia ada kelebihan masing-masing.

Kitakan Allah SWT yang cipta. Wassalaam.

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments