Selamat Hari Raya Aidiladha 1434 Hijrah

aidiladha 2013

Selamat Hari Raya Aidiladha 1434 HijrahAssalamualaikum dan Salam 10 Zulhijjah kepada semua umat Islam khasnya dan semua pembaca setia Fuh.My amnya. Di hari yang indah dan mulia ini,saya Luna Nana, mewakili semua krew dari Fuh.My ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha 1434 Hijrah kepada semua pembaca budiman yang kami sayangi.Hari Raya Aidiladha pada tahun ini jatuh pada tanggal 15 Oktober 2013 bersamaan dengan 10 Zulhijjah 1434 Hijrah. Moh la kita menjalani ibadah korban dan akikah.

lembu korban

Kepada mereka yang berkorban pada tahun ini selamat menjalani ibadah korban , begitu juga kepada mereka yang menjalani ibadah akikah untuk anak-anak mereka yang baru lahir tu.

Terimalah tiga rangkap pantun daripada kami untuk semua pembaca setia.

Cari pengat sampai ke Sarawak,
Pengat dicari di kawasan pokan,
Den bizi masak ekau jangan nak melawak,
Kang kobau tak tumbang ekau den korbankan!

Beli tepung gandum di kedai Isabella,
Buat kuih bengkang di rumah cik Leha,
Patut la lembu ngan kerbau cuak gila,
Rupanya hari ini dah Raya Aidil Adha!

Muzik berkumandang rentak a go go,
Nona manis berbaju kebayo,
Korban harta mahupun tenago,
Taknak korban dah jangan beghayo!

salam aidiladha

Marilah kita sama-sama doakan agar semua rakyat Malaysia dan umat Islam yang menjalani ibadah haji di tanah suci Mekah sentiasa berada dalam lindungan rahmat dan keberkatan dari Allah S.W.T. Semoga mereka semua mendapat haji yang mabrur..InsyaAllah.Amin.

“Haji MABRUR ya kawan-kawan bukan Haji MALBORO tau!” 

Sekali lagi kami ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha 1434 Hijrah. Segala salah silap dan ketelanjuran kata dalam penulisan kami harap dimaafkan.Korban jangan tak korban.

 

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments