Sebab Jadi Cantik Itu Tidak Selamanya baik

orang cantik sombong

Sebab Jadi Cantik Itu Tidak Selamanya Baik | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Setelah sekian lama korang tak nampak Teacher Muja di sini, kini Teacher Muja sudah kembali. Rindu ke? Kah3

Rupa sangat penting! Kita selalu fikir yang hidup ini selalu mudah bagi mereka yang cantik dan dalam banyak hal, pernyataan ini betul. Banyak perkara menjadi lebih mudah apabila kita cantik. Lelaki mengejar dari segala sudut, sekolah menengah menjadi lebih indah, dan mendapatkan kerja juga lebih mudah dengan adanya kecantikan.

Walaubagaimanapun, menjadi cantik bukanlah seperti memakan kacang yang sudah dibuang kulitnya. Manusia cantik selalu menjadi mangsa kepada segala jenis pengintip, cemburu dan keyakinan diri yang akan mendadak turun apabila umur semakin lanjut. Jadi, jangan bimbang jika kita biasa-biasa sahaja! šŸ˜€

Di bawah adalah sebab jadi cantik tidak selamanya baik. Apa ye? Zas!

1. Pencapaian orang cantik tidak dianggap penting.

angelina jolie cantik

Angelina Jolie adalah seorang philanthropist, pemenang anugerah Oscar dan seorang wanita yang sangat bijak. Namun begitu, perkara yang paling membuat beliau popular adalah kecantikannya. Boleh dikatakan, kelihatan cantik menjadikannya sukar untuk orang cantik itu dipandang serius.

9. Kesombongan

orang cantik sombong

Selagi keremajaan masih kita punya, mudah untuk kita menarik perhatian dan itu membuatkan kita besar kepala. Kita berasa kagum dengan diri sendiri dan hanya kecantikan menjadi kepentingan. Mula berasa diri sendiri adalah yang terbaik. Kemusnahan kehidupan akan mula mengambil tempat dalam kehidupan.

8. Sukar didekati

wanita cantik sukar didekati

Secantik mereka kelihatan, orang ramai mula berasa takut untuk mendekati mereka yang cantik. Walaupun bukan disengajakan, orang ramai akan mula menganggap orang cantik suka membangga diri dan sukar didekati.

7. Tidak dipercayai

cantik dan menarik

Secara realitinya, perempuan akan berasa sangat curiga dan ragu-ragu untuk menerima lelaki yang lebih cantik dan bergaya daripada dirinya. Perempuan mana yang suka untuk menjalinkan hubungan dengan lelaki yang buat mereka sentiasa diancam bahaya???

6. Terlalu banyak janji temu, terlalu sikit masa

wanita cantik digilai lelaki

Boleh dikatakan mengganggu juga apabila diajak bertemu janji oleh ramai orang pada masa yang sama dan pastinya sukar untuk berkata tidak kepada calon yang berpotensi. Akhirnya, si cantik keluar dengan semua dan menyesalinya. Akhirnya, kerana terlalu banyak bertemu janji, si cantik digelar jalang!

5. Kedangkalan

wanita cantik tengok cermin

Kegilaan yang sia-sia akan terjadi apabila si cantik mula obses dengan diri sendiri disebabkan pujian yang berterusan daripada orang sekeliling. Kesombongan akan mula terbina dan akhirnya kehancuran diri sendiri menjadi kesan yang mereka akan dapati.

4. KetidaksuaianĀ 

wanita cantik dengan lelaki tak cantik

Tidaklah pelik apabila dikatakan yang bilangan perempuan cantik melebihi lelaki kacak di dunia ini dan kemungkinan untuk perempuan cantik berhubungan dengan lelaki kurang kacak adalah besar. Ini menyebabkan pasangan ini kelihatan pelik dan menghairankan kerana dianggap tak sepadan.

3. Kecantikan yang tidak kekal

wanita cantik selalu tidak puas hati

Kecantikan adalah pelaburan yang merugikan. Semakin lama semakin menghilang walaupun banyak modal dikeluarkan untuk mengekalkannya. Apabila sudah terbiasa hidup dengan keyakinan diridaripada kecantikan, agak membimbangkan memikirkan apa yang akan berlaku apabila mereka kehilangannya.

2. Kelab pembenci

wanita cantik dibenci

Apabila seseorang itu cantik, perempuan membenci kerana kecantikan miliknya dan lelaki membenci kerana mereka tidak yakin untuk mendekati. Akhirnya, orang yang cantik ini mula mempunyai penghendap dan mereka yang cemburu. Hal ini sebenarnya terjadi kerana mereka berasa tidak selamat.

1. Andaian dan agakan

wanita cantik selalu dihakimi

Bodoh, kejam, dan pisau cukur adalah antara frasa yang digunakan untuk melabel orang yang cantik. Orang cantik terpaksa bekerja lebih keras daripada orang lain untuk membuktikan yang mereka tidak bodoh dan boleh diharap.

Baru nampak keburukan menjadi cantik? Baguslah. Teacher Muja bukanlah nak cakap menjadi cantik itu salah, cuma kita tidak boleh melihat cantik sebagai segala-galanya atau berasa rendah diri jika berasakan yang diri tidak cantik. Ingatlah, setiap manusia mempunyai kelebihan dan kelemahan masing-masing.

Wassalaam.

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments