Santai Pagi – Beza Ibu Bapa Dahulu Dan Sekarang

ibu-bapa-sekarang-dahulu.jpg

Santai Pagi – Beza Ibu Bapa Dahulu Dan Sekarang | Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada pembaca yang dikasihi sekalian. Selaku seorang yang pernah merasa kehidupan zaman kanak-kanak tahun 90-an elok benar kiranya Dr Fuh kongsikan sebuah artikel perbandingan zaman-zaman yang Dr Fuh pernah lalui dengan zaman sekarang. Memang sangat jauh bezanya. Walaupun ada beberapa perkara yang mungkin anda tidak setuju, namun inilah hakikatnya. Percaya atau tidak? Jom layan…

• Dahulu : kena rotan dengan guru, balik rumah ayah tambah lagi dua kali ganda.
• Sekarang : kena rotan dengan guru, ibu bapa serang cikgu, buat laporan di PPD

• Dahulu : kerja rumah tak siap, ibu bapa bersila tunggu sampai siap.
• Sekarang : kerja rumah tak siap, ibu bapa sibuk tengok AF.

• Dahulu : pergi sekolah jalan kaki, sekolah jauh dari rumah.
• Sekarang : pergi sekolah dihantar naik kereta / bas sekolah

• Dahulu : pergi sekolah tak perlu telefon bimbit.
• Sekarang : video dalam telefon bimbit pun mengalahkan orang dah kahwin.

• Dahulu : belanja sekolah paling tinggi cuma 50 sen. Masih boleh beli sebatang pensel
• Sekarang : ada yang belanja sampai RM5.00. Tapi tak boleh beli pensel sebatang pun.

• Dahulu : kalau kerja cikgu beri tak siap, murid datang sekolah terketar-ketar.
• Sekarang : kalau kerja cikgu beri tak siap, murid tak kisah pun sebab cikgu tak berani nak denda, parent boleh backup

• Dahulu : walaupun ada murid belajar di kelas belakang, tapi belajar bersungguh-sungguh untuk berjaya.
• Sekarang : walaupun ada murid belajar di kelas belakang, tapi belajar nak kena paksa.

Senario di atas membandingkan beberapa perkara yang berlawanan antara dahulu dan sekarang. – Sumber

Sapa yang ada pengalaman-pengalaman seperti diatas atau pengalaman-pengalaman lain, jom kongsikan dengan Dr Fuh dan pembaca lain di ruangan komen dibawah ini. Semoga ianya menjadi tauladan dan rujukan kanak-kanak dan para ibu bapa zaman sekarang.

Dr Fuh tak kata SEMUA ibu bapa bersikap seperti diatas, tapi KEBANYAKAN mereka memang bersikap begitu, buktinya baca sahaja media-media arus perdana kebelakangan ini. Macam-macam kes dah ada.

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge