Sadis! Nasi Basi Kerap Jadi Hidangan

Sadis! Nasi Basi Kerap Jadi Hidangan. Mereka pernah tidak menjamah nasi seharian dan makan hanya berlaukkan air garam serta cili berkuahkan kicap.

Sadis! Nasi Basi Kerap Jadi Hidangan | Sangat memilukan! Itulah kisahnya di negara kita yang tercinta, Negara Malaysia. Terkedu Dr Fuh baca artikel yang dipetik dari laman Sinar Harian dimana sebuah keluarga yang sangat daif selalu menjamah nasi yang telah basi. Allahu Rabbi.Baca artikel penuh dibawah ini.

POKOK SENA – “Nasi basi yang dibasuh semula selalu menjadi santapan kami untuk mengalas perut,” demikian luahan Som Md Diah, 67, dari Kampung Masjid, Tanjung Musang, Mukim Jabi dekat sini.

Menurutnya, dia sekeluarga pernah tidak menjamah nasi seharian dan makan hanya berlaukkan air garam serta cili berkuahkan kicap.

Rentetan kehidupan daif dialaminya bersama suami, Saad Md Isa, 75, dan anaknya Azizawati, 40, terpaksa mengharapkan sumbangan dari orang ramai bagi menghabiskan sisa hidup mereka kerana tiada pendapatan tetap.

Menurut Som, mereka terpaksa mengharapkan sumbangan dari orang ramai kerana suaminya sudah tidak mampu bekerja lagi selepas lumpuh dua tahun lalu dan kini terlantar.

“Selepas suami tidak dapat bekerja di kilang kayu, saya terpaksa mengambil peranan suami dengan bekerja mengambil upah menanam padi serta bekerja di kilang kayu.

“Namun tidak lama kemudian kesihatan saya terjejas kerana menghidap penyakit kencing manis hingga ibu jari terpaksa dipotong,” katanya.

Kini, katanya, dia tidak mampu bekerja lagi dan mengharapkan sumbangan dari orang ramai bagi mendapatkan sesuap nasi apatah lagi terpaksa menjaga seorang anak perempuan yang dikategorikan sebagai orang kurang upaya (OKU).

“Dahulu semasa sihat saya sanggup bekerja siang dan malam untuk mencari rezeki tetapi kini sudah tidak berupaya lagi,” katanya.

Menurut Som, dia pernah ke Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk memohon bantuan tetapi kakitangan memaklumkan dia harus ke hospital untuk mendapat pengesahan anaknya itu OKU.

“Bagaimana saya nak pergi ulang alik ke hospital dan JKM selalu kerana selain dari masalah pengangkutan saya juga tidak mempunyai wang untuk ke sana.

“Oleh kerana terlalu susah serta banyak karenah sehingga sekarang saya tidak lagi pernah ke JKM untuk mendapat bantuan.

“Saya merayu kalau ada pihak yang simpati dengan keluarga kami ini dapat kiranya menghulurkan sumbangan membantu meringankan penderitaan kami,” katanya. – Sumber

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments