Sadis! Isteri Berpantang Di Kampung, Suami Bermadu Kasih Di Rumah

image-11.jpg

Sadis! Isteri  Berpantang Di Kampung, Suami Bermadu Kasih Di Rumah | Seorang bapa, 26, mengambil peluang ketiadaan isterinya yang pulang ke kampung untuk berpantang dengan membawa balik kekasih ke rumah di Taman Melaka Raya, di sini, bertujuan untuk melampiaskan nafsunya.

Bagaimanapun, nikmat yang dikecap akhirnya mendatangkan bahana selepas wanita terbabit kini hamil lima bulan.

Rahsia hamil luar nikah jurujual berusia 24 tahun itu terbongkar selepas keluarganya menyedari perubahan fizikalnya sehingga memaksanya memberitahu siapa punya angkara.

Difahamkan, ahli keluarga wanita terbabit berjaya mengesan lelaki berkenaan yang kemudian bersetuju untuk bernikah.

Bagaimanapun lelaki itu tidak melaksanakan janjinya sehingga memaksa keluarga wanita terbabit merujuk kes berkenaan kepada Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim).

Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agama Jaim, Rahimin Bani berkata, berikutan laporan itu, pasangan terbabit ditahan jam 11 malam kelmarin di Balai Polis Taman Malim Jaya.

Katanya, mereka ditahan untuk siasatan lanjut dan mendapati pasangan berkenaan sudah saling mengenali sejak lebih setahun lalu dan terus menjalin hubungan biarpun mengetahui lelaki terbabit sudah berumahtangga.

“Wanita terbabit sering datang ke rumah lelaki itu selepas isterinya pulang ke kampung dan mereka melakukan perbuatan terkutuk sehinggalah hamil.

“Lelaki terbabit memang mengambil peluang melakukan perbuatan haram itu ketika isterinya tiada di rumah dan melakukannya beberapa kali,” katanya, di sini, semalam.

RKatanya, lelaki terbabit ditahan mengikut Seksyen 55, Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991, kerana bersubahat persetubuhan haram.

“Manakala wanita terbabit ditahan mengikut Seksyen 54 enakmen sama kerana hamil luar nikah.

“Sabit kesalahan bagi kedua-dua mereka boleh didenda sebanyak RM3,000 atau penjara selama 24 bulan atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Sumber

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments

5 thoughts on “Sadis! Isteri Berpantang Di Kampung, Suami Bermadu Kasih Di Rumah”

  1. pernah juga ada kawan akak yg suami dia main kayu tiga masa dia dalam pantang & sekarang dah bercerai. Para suami ingat satu benda.. sehebat manapun korang menyembunyikan kecurangan tu, INGAT ALLAH TAHU & MELIHAT setiap perbuatan korang tu. Kalau korang berjaya sembunyikan kecurangan pun bukan bermakna korang hebat tapi ALLAH nak bagi peluang pada korang bertaubat. Kalau korang mensia2 kan peluang tu.. Tak mustahil korang akan menyesal sepanjang hayat mungkin juga menderita sepanjang hidup.
    lekatlekitgurl recently posted…GARANG SUNGGUH AKAK JUAL NASI AYAM DENGAN PELANGGANMy Profile

  2. ada pulak macam ni..memang mencari bahana semua ni
    blogger lelaki recently posted…Dimana Silapnya Ego Lelaki?My Profile

  3. baby comel says:

    memang lelaki tak boleh pakai. isteri bersusah payah berkorban nyawa melahirkan zuriat dia, dia boleh pulak buat kerja terkutuk tu. ish,
    baby comel recently posted…Cara Kekalkan Air Kolam Ikan BersihMy Profile

  4. katanajeeb says:

    tak guna punya jantan…tau nak sedap je… erkk.. yang dua-dua malu ni takpe… kesian bini dia tu…malu dan bengang… ngok!
    katanajeeb recently posted…Berkorban di AidilAdhaMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge