Sadis! Dikerat Bibir Dan Hidung Oleh Suami Kerana Dadah

luar-negara.jpg

Sadis! Dikerat Bibir Dan Hidung Oleh Suami Kerana Dadah | Assalamualaikum dan selamat sejahtera diucapkan kepada para pembaca yang dikasihi. Inilah punca penagihan dadah. Sadis. Ikuti laporan penuh yang dipetik dari mynewshub.

BUKAN sahaja dibelasah, malah seorang wanita di Herat, Afghaistan terpaksa menanggung kesakitan selepas hidung dan bibirnya dikerat oleh suaminya yang juga seorang penagih dadah.

Wanita yang dikenali sebagai Satara itu berkata, suaminya bertindak ganas selepas dia enggan memberikannya wang untuk membeli dadah.

Suspek turut merampas telefon dan cincinnya sebelum melarikan diri, memetik laporan Daily Mail.

“Dia memukul kepala saya dengan batu sebelum mengerat hidung dan bibir saya,” ujarnya.

Satara kemudiannya dikejarkan ke hospital untuk rawatan sebelum dipindahkan ke sebuah lagi hospital di Turki untuk rawatan susulan.

Sementara itu, ibunya, Nasima mahu pihak polis menghukum menantunya itu secepat mungkin. – MyNewsHub

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge