Sadis! Bayi Maut Dimakan Oleh Tikus Gergasi

tikus-gergasi-besar-afrika-selatan-yang-membunuh-2-orang-bayi.jpg

Sadis! Bayi Maut Dimakan Oleh Tikus Gergasi | Ini berita lama, sekadar informasi kepada semua. Cape Town – Afrika Selatan di ancam serangan tikus. Tetapi bukannya serangan oleh tikus-tikus biasa tetapi tikus-tikus raksasa yang saiznya sebesar seekor kucing. Dengan ukuran sebesar itu, tikus-tikus itu mencari mangsa yang cukup besar iaitu bayi-bayi manusia.

Tikus itu boleh membesar hingga hampir satu meter dari muncung sehingga ke ekornya. Sementara itu gigi depannya pula sepanjang 2.5 cm.

Pada minggu ini sahaja sudah berlaku dua tragedi yang amat mengerikan. Tikus-tikus raksasa itu memakan dua orang bayi dalam dua peristiwa dilokasi yang berbeza. Lunathi Dwadwa, 3 tahun terbunuh dalam tidurnya di kawasan perumahan di luar Cape Town. Sementara seorang bayi lain menjadi mangsa tikus di Soweto, tak jauh dari Johannesburg pada hari yang sama.

Lunathi telah ditemui terbunuh dalam keadaan mengerikan oleh ibu bapanya pada 29/5/2011.Mereka menjadi musykil kerana tidak ada tangisan atau pun jeritan semasa Lunathi diserang tikus raksasa tersebut.

“Saya tidak dapat melupakan keadaan anak saya itu yang amat mengerikan. Matanya terjojol terkeluar dan wajahnya robek dari alis hingga kepipi,” kata Bukiswa Dwadwa (27 tahun), ibu bayi tersebut.

“Tidak ada siapa yang boleh melakukan seperti itu kecuali tikus,” ujar Mncedisi Mokoena, ayah Lunathi.

Beberapa jam kemudian, polis menemui satu lagi kes yang serupa. Seorang bayi perempuan diserang segerombolan tikus besar ketika ibunya yang masih remaja keluar dengan teman-temannya.

“Kami mendapat panggilan dari lokasi kejadian, tentang seorang bayi yang terbunuh akibat serangan tikus,” kata polis bernama Bongai Mhlongo.

“Kami menahan ibunya dengan tuduhan kelalaian yang mengakibatkan kematian,” tambahnya.

Bulan lalu, Nomathemba Joyi (77) juga tewas setelah tikus-tikus raksasa memakan sisi kanan wajahnya.

Di kawasan perumahan Afrika Selatan, tikus raksasa boleh ditemui di tempat-tempat pembuangan sampah.

Tikus-tikus itu diyakini termasuk jenis African Giant Pouched Rats,iaitu salah satu jenis tikus terbesar di dunia. Tikus-tikus ini lebih aktif di waktu malam hari dan memakan apa saja yang ditemui,tikus-tikus ini juga boleh membiakkan 50 ekor anak dalam masa setahun.Terdapat juga berapa suku kaum di Afrika yang membiakkan tikus-tikus jenis tersebut untuk dimakan. – Sumber

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments

6 thoughts on “Sadis! Bayi Maut Dimakan Oleh Tikus Gergasi”

  1. amir zahari says:

    tikus ini juga makan kucing..
    amir zahari recently posted…Suka Memberi Amalan Mulia – Sedih Tengok Video IniMy Profile

  2. Ezad Skytech says:

    erkk…besar giler tikus ni…kucing pun lari kalau tengok tikus besar gedabak macam ni…
    Ezad Skytech recently posted…Ambil Kesempatan Ataupun Terlepas PandangMy Profile

  3. kucinghitam says:

    klo dapat tikus tu mmg la siap cincang trus
    kucinghitam recently posted…CHIN PENG ALLAHYARHAM KA MENDIANG?!My Profile

  4. World WarZ says:

    Tikus adalah didalam keluarga Rodensia..
    Dan Capibara juga adalah didalam keluarga rodensia jestru itu tikus yang terbesar didalam dunia ialah CAPIBARA..
    Apa nak susah susah..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge