Sadis! Baru Kenal Dua Hari Sudah Kena Cabul

Sadis! Baru Kenal Dua Hari Sudah Kena Cabul, Kes Cabul Di Tumpat, Pelajar Perempuan Kena Cabul, Pencabulan, Kes Jenayah Di Malaysia, Dicabul Kekasih Sendiri

Sadis! Baru Kenal Dua Hari Sudah Kena Cabul | Nampaknya masalah sosial dan juga jenayah di Malaysia kian meruncing. Sana sini di dada-dada akhbar mahupun di laman-laman sosial tersebar berbagai berita jenayah di Malaysia. Terbaru, di Tumpat dilaporkan seorang pelajar perempuan telah dicabul oleh ‘kekasih’nya yang baru dikenali dua hari. Ikuti berita penuh!

TUMPAT – Seorang pelajar perempuan berusia 14 tahun menempuh detik hitam apabila dicabul kekasihnya yang baru dikenali dua hari.

Pelajar terbabit yang bersekolah di sebuah sekolah menengah di daerah ini dikatakan keluar bersama teman lelakinya itu yang dikenali sebagai Naim, 17.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang, Jumaat lalu, Naim, telah membawa pelajar tersebut pulang ke rumahnya di Kampung Berangan.

Semasa berada di dalam rumah tersebut, pelajar terbabit memberitahu dia melakukan hubungan seks dengan kekasihnya itu.

Kejadian hitam yang menimpa pelajar terbabit terbongkar apabila dia memberitahu kepada kedua ibu bapanya dan satu laporan polis dibuat.

Pelajar terbabit dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II untuk pemeriksaan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintenden Zaharudin Rasip mengesahkan menerima laporan tersebut.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul.

“Usaha mengesan dan menangkap suspek sedang dijalankan,” katanya. – Sumber

P/s – Gambar sekadar hiasan

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments