Gambar Sekitar Rumah Terbakar Di Kampung Datu Sibu

Rumah-Terbakar-Di-Kampung-Datu-Sibu-2.jpg

Gambar Sekitar Rumah Terbakar Di Kampung Datu Sibu – SIBU 19 Jun – Kira-kira 500 penduduk di Kampung Datu di sini tinggal sehelai sepinggang dalam kebakaran yang memusnahkan lebih 50 buah rumah papan milik mereka petang semalam.

Kebakaran kira-kira pukul 4 petang itu dikatakan bermula daripada hanya sebuah rumah sebelum merebak ke rumah-rumah lain dengan cepat.

Bagaimanapun kebakaran yang turut mengakibatkan ruang udara di kawasan berdekatan dipenuhi kepulan asap hitam tidak melibatkan sebarang kehilangan nyawa.

Ketua Cawangan Pusat Gerakan Operasi dan Penyelamat Bomba negeri, Penguasa Bomba Hussin Abdul Rahman berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kebakaran itu pada pukul 4.02 petang dan hanya melibatkan sebuah rumah kosong.

Katanya, lima minit kemudian apabila bomba tiba di tempat kejadian mendapati api marak dengan cepat sehingga membakar 15 buah rumah yang lain.

“Bomba menerima panggilan daripada penduduk yang memberitahu terdapat sebuah rumah kosong jenis kayu terbakar sebelum api mula merebak ke rumah lain di situ.

“Sebanyak 48 anggota bomba melibatkan tiga Balai Bomba dan Penyelamat Sibu, Kanowit dan Sungai Merah yang diketuai Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sibu, Abdul Mutalif Ja’afar mengawal keadaan daripada merebak,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Hussin berkata, sehingga pukul 7 petang ini anggota bomba masih berusaha mengawal keadaan dan punca kejadian masih dalam siasatan.

Difahamkan, kesemua mangsa terlibat ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Abang Dali untuk sementara waktu. – UTUSAN ONLINE

Gambar Rumah Terbakar Di Kampung Datu Sibu

Gambar Sekitar Rumah Terbakar Di Kampung Datu Sibu Gambar Sekitar Rumah Terbakar Di Kampung Datu Sibu Gambar Sekitar Rumah Terbakar Di Kampung Datu Sibu Gambar Sekitar Rumah Terbakar Di Kampung Datu Sibu Gambar Sekitar Rumah Terbakar Di Kampung Datu Sibu Gambar Sekitar Rumah Terbakar Di Kampung Datu Sibu Gambar Sekitar Rumah Terbakar Di Kampung Datu Sibu Gambar Sekitar Rumah Terbakar Di Kampung Datu Sibu Gambar Sekitar Rumah Terbakar Di Kampung Datu Sibu Gambar Sekitar Rumah Terbakar Di Kampung Datu Sibu Gambar Sekitar Rumah Terbakar Di Kampung Datu Sibu

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments

11 thoughts on “Gambar Sekitar Rumah Terbakar Di Kampung Datu Sibu”

  1. Daxx says:

    “Walaupun rumah dekat dengan sungai, tetap rentung jua”, ungkapan gua. muehehehe
    Daxx recently posted…Pelik! Fesyen Bulu Kaki Mencegah Gangguan SeksualMy Profile

    1. kucinghitam says:

      benda kalo nak jadi jadi juga
      kucinghitam recently posted…RUMAH ALMY NADIA TERBAKARMy Profile

  2. api kecil kecil kawan dah besar menjadi lawan

    1. kucinghitam says:

      kecil2 pun dah lawan kalo xhati2
      kucinghitam recently posted…IBU ALMY NADIA PATAH TULANG, RUMAH TERBAKARMy Profile

  3. ada kemalangan jiwa tak ni? Harap harap tak de la.. ==’

    1. kucinghitam says:

      kemalangan jiwa ntah
      kucinghitam recently posted…RUMAH ALMY NADIA TERBAKARMy Profile

  4. mak aihhhh… habis terbakar. takpe, nanti rosma hntr bantuan. hahahahaha
    Carlos Santiago recently posted…BAN Kreatif – Mak Andam Youtube MakeOver Diri Sendiri Menjadi Super Hot SexyMy Profile

    1. Ummar Farouk says:

      Nenek moyang kaya raya, terbakar seluruh harta benda… Sambung…
      Ummar Farouk recently posted…Mana Satu Anda Pilih? Masa Muda Atau Masa Tua?My Profile

    2. kucinghitam says:

      lol nak ker dia
      kucinghitam recently posted…RUMAH ALMY NADIA TERBAKARMy Profile

  5. Ummar Farouk says:

    Kawasan kampung, rumah sebelah2 berdekatan, bila sebuah rumah terbakar, maka akan berjangkit ke rumah yg lain…
    Ummar Farouk recently posted…Pesanan Dua Ustaz Ini Lebih Arif dan Berpengalaman Berhubung Dengan Isu Di Syria dan Fitnah SyiahMy Profile

    1. kucinghitam says:

      setinggan selalu jadi kes mcm ni
      kucinghitam recently posted…RUMAH ALMY NADIA TERBAKARMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge