Rumah Almy Nadia Terbakar, Ibunya Patah Tulang

rumah-almy-nadia-terbakar+fuh.my_.jpg

Rumah Almy Nadia Terbakar

PETALING JAYA: Baru sahaja kes putus cinta dengan pelakon Fizz Fairuz reda, aktres Almy Nadia ditimpa ujian lain apabila rumahnya di kampung terbakar, manakala ibunya patah tulang rusuk kanan.

Almy Atau nama sebenarnya Almy Nadia Aminuddin Shah, 27, berkata, dia amat sedih dengan kejadian itu, apatah lagi tidak dibenarkan pulang ke kampung oleh syarikat produksi kerana masih lagi terikat dengan penggambaran drama.

“Tuhan sahaja yang tahu bagaimana perasaan saya sekarang, fikiran saya hanya mengingatkan kampung halaman dan ibu yang sedang sakit.

“Saya memang minta cuti untuk balik sekejap sejak rumah saya terbakar minggu lalu tapi sehingga sekarang saya tidak dibenarkan cuti dengan alasan akan mengganggu jadual artis lain,” katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Jumaat.

Almy memberitahu pada 16 Jun lalu, rumah keluarganya di Kampung Pondok Upih, Balik Pulau, Pulau Pinang terbakar pada bahagian bilik tingkat bawah akibat letupan kecil daripada sebuah radio lama.

Bagaimanapun, menurut Almy, tiada ahli keluarga yang tercedera dalam kejadian tersebut.

Manakala pada malam Rabu lalu, ibunya Roshida Hashim, 45, pula mengalami patah tulang rusuk kanan selepas terjatuh di bilik air.

“Alhamdulillah walaupun kebakaran agak teruk tetapi tiada siapa yang tercedera dan bomba dapat mengawal api sebelum merebak ke bahagian atas.

“Saya difahamkan ia berlaku apabila sebuah radio lama meletup secara tiba-tiba walaupun tiada sebarang aliran elektrik kepada radio tersebut.

“Belum sempat saya balik menjenguk keluarga, saya diberitahu ibu pula jatuh bilik air, bayangkan bagaimana perasaan saya ketika ini,” jelasnya.

Tambah Almy, perniagaan makanan sejuk beku yang baru sahaja diusahakan bersama ibunya turut tergendala.

“Kami baru sebulan mulakan bisnes karipap sejuk beku yang dibuat sendiri namun selepas rumah terbakar ia dihentikan sementara, ditambah pula ibu sekarang dalam keadaan tidak sihat.

“Insya-Allah kalau rumah sudah siap dibaiki dan ibu sihat, perniagaan itu akan disambung semula kerana permintaan setakat ini menggalakkan,” katanya.

Bagaimanapun, kata Almy dia menerima dugaan tersebut dengan hati yang tenang dan menganggap ia adalah sebagai satu ujian daripada Allah.

“Saya susah hati dan tiada pula tempat mengadu, semuanya saya tanggung sendiri.

“Sekarang saya hanya fikir positif dan anggap ujian tersebut adalah penghapus dosa-dosa yang telah saya lakukan,” katanya yang sedang menjalani penggambaran drama Maahad Al-Amin untuk televisyen Al-Hijrah. – mStar | Rumah Almy Nadia Terbakar

Takziah diucapkan kepada Almy Nadia sekeluarga

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments

12 thoughts on “Rumah Almy Nadia Terbakar, Ibunya Patah Tulang”

  1. bila pindah wordpress nie? hebat laa sekarang mohon selalu terjah gua kikiki
    Khairul Zamri recently posted…DiGi WWWOW Top 50 Shorty Blogger of The Year by ChurpChurpMy Profile

    1. Dr Fuh says:

      towww..berapa kurun dah ang xsinggah blog aku?sampai ati!mencik!!
      Dr Fuh recently posted…Tips Kehamilan – Perkara Yang Perlu Dielakkan Ketika MengandungMy Profile

      1. kucinghitam says:

        JANGAN LA MENCI2 XBAIK HAHAHA
        kucinghitam recently posted…Kumpulan Wala Juara Raja Lawak 7My Profile

    2. kucinghitam says:

      tu la nmpak smart la design fuh jeles2
      kucinghitam recently posted…Kumpulan Wala Juara Raja Lawak 7My Profile

  2. Bidadari says:

    Kesian dekat Almy, Ibu patah tulang pun tak boleh nak balik jenguk sebab majikan tak kasi. Tak elok la majikan macam ni. Tapi apa-apa pun takut menyusahkan artis lain pula nanti..
    Bidadari recently posted…Telatah :Degil tu takpe, asalkan jangan makan pedas banyakMy Profile

    1. kucinghitam says:

      kejam gila majikan dia tak da hati perut ka apa
      kucinghitam recently posted…KUCINGHITAM.NET TOP 50 DIGI WWWOWMy Profile

  3. apa la pihak produksi ni bagi la scene lain dulu… at least si almy ni boleh balik hurmm…. tu la klw kerja bawah org ni… semoga mak almy cepat sembuh

    1. kucinghitam says:

      susah la kak pari kalo produksi macam nie
      kucinghitam recently posted…Kumpulan Wala Juara Raja Lawak 7My Profile

  4. kucinghitam says:

    banyak bersabar la kak almy
    kucinghitam recently posted…KUCINGHITAM.NET TOP 50 DIGI WWWOWMy Profile

  5. Malihah says:

    Hmmm :/
    Malihah recently posted…Love Segmen by Farra & AnisMy Profile

    1. kucinghitam says:

      apa yang hmmmm sgt tu
      kucinghitam recently posted…TIKET TOUR RUNNING MAN MALAYSIA 2013 MULA DI JUALMy Profile

  6. kucinghitam says:

    dugaan tuhan dtg ttb2 terima gn redha
    kucinghitam recently posted…TIKET TOUR RUNNING MAN MALAYSIA 2013 MULA DI JUALMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge