Ringankan Beban – Adik Amani Dilahirkan Dengan Usus Diluar

Ringankan Beban - Adik Amani Dilahirkan Dengan Usus Diluar| seorang bayi bernama Sofwatul Amani telah dilahirkan dalam keadaan usus berada di luar.

Ringankan Beban – Adik Amani Dilahirkan Dengan Usus Diluar | Assalamualaikum dan selamat sejahtera diucapkan kepada para pembaca yang dikasihi dan dihormati sekalian. Tadi Dr Fuh ada terbaca satu perkongsian yang sangat peka oleh rakan blogger KakikuSukaBerjalan dimana seorang bayi bernama Sofwatul Amani telah dilahirkan dalam keadaan usus berada di luar.

Berikut adalah petikan yang Dr Fuh copy dari laman blog KakikuSukaBerjalan.Blogspot.Com.

Assalamualaikum w.b.t…

Sofwatul Amani… anak kecil yang dilahirkan dgn keadaan usus di luar (Gastroschisis) adalah anak kepada kawan kepada abang ipar saya. saya tidak mengenali Ahmad Syahidin (bapa Amani) secara personal, hanya pernah keluar minum ramai2 tapi bila melihat keadaan si kecil ini, hati saya runtun… kasihannya kamu wahai anak kecil…

Ringankan Beban - Adik Amani Dilahirkan Dengan Usus Diluar| seorang bayi bernama Sofwatul Amani telah dilahirkan dalam keadaan usus berada di luar.

Amani kini masih berada di Hospital Raja Perempuan Zainab 2, Kota Bharu. dalam usia yg baru 5 hari, Amani telah menjalani 2 pembedahan dan pembedahan seterusnya pada Ahad depan (23.02.14) kerana sekarang ususnya sedang membengkak. dan mengikut ayah amani, platelet darah Amani tgh drop, kemungkinan terkena infection.

Dengan keadaan si ayah muda (24 thn) yg bekerja sbg technician yg kini sdg cuti tanpa gaji untuk menjaga Amani dan ibu Amanii, berulang alik dari Kuala Terengganu ke Kota Bharu, saya pasti… memerlukan perbelanjaan yg besar. saya berharap sangat kita semua dapat membantu meringankan beban Din ( Matt Dean) sekeluarga. semoga sumbangan kecil kita dapat memberi harapan besar buat SOFWATUL AMANI.

Untuk sumbangan, bank in ke akaun

CIMB: 7050332235 

AHMAD SYAHIDIN BIN ANUAR (013-9637401)

Minta sahabat2 panjangkan #donationforamani dan segala sumbangan dan jasa baik dari pihak sahabat2 semua, saya dahulukan dgn ucapan jutaan terima kasih.

Ringankan Beban - Adik Amani Dilahirkan Dengan Usus Diluar| seorang bayi bernama Sofwatul Amani telah dilahirkan dalam keadaan usus berada di luar.

Daripada Abu Hurairah r.a. daripada Nabi SAW, Baginda telah bersabda:

Barangsiapa yang melepaskan seorang mukmin daripada satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan dunia, nescaya Allah akan melepaskannya daripada satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan Qiamat. Barangsiapa yang mempermudahkan bagi orang susah, nescaya Allah akan mempermudahkan baginya di dunia dan di akhirat.

#donationformani

[Azlina Hasan, 17.02.14]

Dr Fuh – Semoga adik Amani dapat dipulihkan dan segera menjalani kehidupan seperti bayi-bayi yang lain. Semoga keluarga adik Amani terutamanya Ibu dan Bapa beliau tabah menghadapi ketentuan Allah ini.

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments