Ribut Di Pulau Pinang – 2 Maut Dihempap Tiang Pemancar Dan Pokok

ribut-pulau-pinang-2.jpg

Ribut Di Pulau Pinang – 2 Maut Dihempap Tiang Pemancar Dan Pokok | Assalamualaikum dan selamat sejahtera sahabat pembaca laman fuh.my sekalian. Tadi sebelum g tengok wayang cerita Man Of Steel Dr Fuh ada borak ngan rakan Dr Fuh, Mawardi Yunus. Pastu tengah-tengah rancak bersembang dia tanya Dr Fuh tau tak ada tiang besar atas bangunan UMNO di Pulau Pinang runtuh. Tercengang Dr Fuh dibuatnya. Serius Dr Fuh tak tau kejadian ni, bz sangat harini.

Lepas tengok wayang tadi balik rumah terus Dr Fuh google. Yup betul, memang ada berita tiang pemancar telekomunikasi di atas bangunan UMNO runtuh. Tengok gambar memang teruk. Rupa-rupanya diberitakan ada 21 kejadian ribut di Pulau Pinang. Ni ada berita Dr Fuh sedut dari Utusan Harian.

ribut di pulau pinang

Ribut Di Pulau Pinang

PULAU PINANG 13 Jun – Sebanyak 21 kejadian ribut dilaporkan melanda beberapa kawasan di seluruh negeri ini menyebabkan dua maut dan sekurang-kurangnya lapan orang cedera parah.

Mereka yang maut dikenali sebagai Jahir Hussain Sulaiman, 40, pembantu pemandu lori yang dihempap pemancar tiang telekomunikasi di Jalan Macalister dan Wong Tze Chow, 33, maut akibat dihempap sebatang pokok di jalan berhampiran Empangan Air Itam.

Ketua Polis negeri, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, pihaknya mendapat laporan berkenaan kejadian ribut tersebut kira-kira pukul 6.45 petang.

Katanya, melalui laporan diterima, lapan kejadian berlaku di sekitar Timur Laut, dua di Seberang Perai Tengah, 10 di Seberang Perai Utara dan satu di bahagian barat daya.

“Bagaimanapun, kejadian yang paling teruk adalah di Jalan Macalister yang menyebabkan sebuah pemancar telekomunikasi jatuh dari atas sebuah bangunan dan menghempap beberapa kenderaan,’’ katanya kepada pemberita di sini malam ini.

ribut di pulau pinang

Dalam kejadian lewat petang itu, sebuah pemancar telekomunikasi setinggi hampir 20 meter yang terletak di atas Menara UMNO jatuh.

Sebanyak tujuh buah kenderaan rosak teruk akibat dihempap pemancar tersebut selain sebatang paip bawah tanah di jalan berkenaan juga pecah.

Hentakan tiang pemancar ke atas jalan raya turut menyebabkan terbentuk sebuah kawah air kecil.

Abdul Rahim dalam pada itu menambah, pihaknya meminta orang ramai agar tidak bimbang dan panik dengan kejadian berkenaan dan polis telah mengerahkan semua anggota termasuk di daerah-daerah untuk turun padang bagi memantau perkembangan kejadian.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lebuh Pantai, Ismail Mohd. Zain memberitahu, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam pada kira-kira pukul 6.55 petang mengenai kejadian di Jalan Macalister.

“Apabila tiba, sebuah pemancar telekomunikasi dilihat telah jatuh di atas jalan raya dan menghempap tujuh buah kereta serta sebuah lori. Kita sedang melakukan pembersihan dan punca kejadian dipercayai akibat angin kuat,” ujarnya. – Utusan Malaysia

Dr Fuh –  Sama-sama kita doakan agar tiada lagi berita kematian keatas mangsa-mangsa ribut di Pulau Pinang.

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments

10 thoughts on “Ribut Di Pulau Pinang – 2 Maut Dihempap Tiang Pemancar Dan Pokok”

  1. Takziah kepada mangsa ribut ==’

  2. amali albaroqoh says:

    Masya’allah.,..renungi lah pengajaran nya.

  3. ldSpw3UN says:

    483915 314224I believe this really is finest for you: Soccer, Football, Highlight, Live Streaming 690280

  4. Wkpxnd1ebmqlwZ says:

    608595 693061Straight to the point and nicely written! Why can

  5. 388050 528788This website is truly a walk-through for all of the info you wanted about it and didn

  6. click here says:

    606012 34143An intriguing discussion is going to be worth comment. I

  7. 856630 767931This web website is often a walk-through for all of the understanding you wanted concerning this and didn

  8. 596485 422421Thank you for the good writeup. It in fact was a amusement account it. Look advanced to far added agreeable from you! However, how could we communicate? 666320

  9. perder peso says:

    164477 900124Excellent weblog here! Also your web site loads up quickly! What host are you making use of? Can I get your affiliate link to your host? I wish my site loaded up as quickly as yours lol 231092

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge