Restoran Mengambil Kesempatan

Restoran Mengambil Kesempatan. bayaran yang dikenakan hanya RM37 hingga RM38 sekepala, dan bagi hidangan untuk lima orang pada malam itu. Restoran Menipu

Restoran Mengambil Kesempatan | Tidak patut sebenarnya ada sesetengah Restoran Mengambil Kesempatan kerana CNY. Nak berniaga pun jangan lah sampai membebankan orang lain. Tak elok di pandang, memanglah kita dapat untung banyak tetapi hanya sekejap je sebab sekali orang datang dia takkan datang dah. Jom baca berita lanjut tentang Restoran Mengambil Kesempatan :

Restoran Mengambil Kesempatan

IPOH – Berang kerana berasa tertipu dengan caj tambahan dikenakan sebuah restoran terkemuka di bandar raya baru-baru ini, seorang pelanggan, Zainoori Zainal Abidin, membuat laporan di pejabat Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) negeri, semalam.

Katanya, tindakan restoran mengenakan ‘caj perkhidmatan sempena Tahun Baharu Cina’ sebanyak 10 peratus dianggap menganiaya pelanggan kerana tiada notis makluman yang jelas mengenai caj itu.

Zainoori ketika ditemui Sinar Harian mendedahkan, dia dikenakan bayaran RM250.95 termasuk caj tambahan RM22.81 untuk makan malam lima orang.

“Saya tidak tahu mengenai caj yang akan dikenakan tambahan pula diberi nama ‘caj perkhidmatan sempena Tahun Baharu Cina’.

“Jika sebelum ini, bayaran yang dikenakan hanya RM37 hingga RM38 sekepala, dan bagi hidangan untuk lima orang pada malam itu saya menjangkakan bayarannya tidaklah mencecah angka yang tertera pada resit bayaran itu.

“Ketika ditanya, kakitangan itu memaklumkan pelanggan sudah pun dimaklumkan menerusi notis yang ditampal di restoran berkenaan. Bagaimanapun, dia enggan mengulas lanjut berhubung kelulusan mengenai caj berkenaan dan hanya memberitahu ia adalah arahan daripada pihak atasan,” katanya ketika ditemui setelah selesai membuat aduan di pejabat PPDNKK di sini, semalam.

Zainoori berkata, dia berharap PPDNKK melakukan siasatan lanjut berhubung laporannya termasuk kewajaran pengusaha restoran terbabit mengenakan caj tambahan 10 peratus yang diragui sama ada diluluskan pihak berwajib atau sebaliknya.

“Bolehkah pengusaha restoran mengenakan caj-caj pelik seperti ini, dan adakah ia dibenarkan? Pihak berwajib kena siasat, jangan biar pelanggan terus tertipu dengan taktik licik mahu kaut untung lebih,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi pelanggan restoran berkenaan, Noor Shafarina Jamaluddin, berharap pihak PPDNKK akan segera melaksanakan tindakan terhadap restoran berkenaan.

Katanya, sekiranya perkara berkenaan dibiarkan, lebih banyak restoran akan mengikuti kaedah berkenaan dan lebih ramai pelanggan akan tertipu oleh sikap pihak restoran yang jelas tidak bertanggungjawab itu.

“Saya sangat berharap agar pihak KPDNKK dapat melaksanakan tindakan tegas terhadap restoran berkenaan dan seterusnya memastikan perkara seperti ini tidak berulang lagi,” katanya lagi.

Sementara itu ketika diminta mengulas mengenai aduan itu, jurucakap PPDNKK berkata, pemeriksaan akan dibuat terhadap restoran berkenaan dalam masa terdekat.

Bagaimanapun, difahamkan segala maklumat yang diperoleh hasil pemeriksaan berkenaan akan disalurkan kepada pihak Kastam Diraja Malaysia untuk tindakan lanjut kerana segala bentuk caj melibatkan cukai di bawah jabatan berkenaan.

Sumber

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments