Rentung Di Hadapan Mata Kembar Sendiri

Rentung Di Hadapan Mata Kembar Sendiri. Kejadian berlaku kira-kira jam 1.50 petang di sebuah rumah kedai berkembar di Jalan Taylor, Slim Village,

Rentung Di Hadapan Mata Kembar Sendiri | Cuba kita bayangkan apabila kita menghadapi suasana seperti kita melihat sendiri kembar kita terbakar, yang ini lagi sadis Rentung Di Hadapan Mata Kembar Sendiri. Jom baca berita lanjut di bawah :

Rentung Di Hadapan Mata Kembar Sendiri

SLIM- Seorang mekanik hanya mampu menahan kesedihan apabila melihat kembarnya rentung di hadapan mata dalam satu kejadian kebakaran di sebuah rumah kedai membaiki motosikal, di sini, petang semalam.

Kejadian berlaku kira-kira jam 1.50 petang di sebuah rumah kedai berkembar di Jalan Taylor, Slim Village, di sini, mengakibatkan seorang mangsa rentung.

Ketua Polis Daerah Tanjung Malim, Superintendan Othman Nanyan berkata, mangsa yang maut dikenali sebagai Chua Yim Heng, 49, gagal mencari jalan keluar dari premis menyebabkan dia terperangkap.

“Anggota Bomba dan Penyelamat dikejarkan ke tempat kejadian untuk memadamkan kebakaran.

“Mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Slim River untuk dibedah siasat untuk tindakan lanjut,”katanya dalam satu kenyataan kepada Sinar Harian, di sini, semalam.

Othman berkata, hasil bedah siasat yang dijalankan Pegawai Perubatan Hospital Slim River, Dr Adila Halim mendapati mangsa meninggal dunia akibat melecur teruk pada bahagian badan dan tiada sebarang unsur jenayah.

Menurutnya, mayat mangsa dijangka akan dituntut anaknya di Hospital Slim River hari ini.

Sementara itu, Ketua Bomba dan Penyelamat Zon Perak Selatan, Dr Abd Samad Hamid berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 1.53 dan tiba 2 petang waktu kejadian.

Katanya, kekuatan 16 anggota dan tiga jentera dari Slim River dan Tanjung Malim dikerah untuk dikejarkan ke tempat kejadian bagi membantu memadamkan kebakaran.

Menurut beliau, ketika anggotanya tiba di tempat kejadian, kira-kira 80 peratus premis berkenaan terbakar dan berjaya mengawal api 30 minit kemudiannya.

“Pihak kami mencari mangsa yang terperangkap dalam kejadian tersebut dan menemui mangsa di tingkat dua.

“Kami menemui mangsa dalam keadaan terbaring dan rentung di dalam sebuah bilik di tingkat dua sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut, punca kejadian masih dalam siasatan” katanya.

Sumber

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments