Remaja Maut Kemalangan Diseret Lebih 40 KM

Remaja Maut Kemalangan Diseret Lebih 40 KM. Seorang penunggang motosikal maut dan anggota badannya hancur selepas terbabit dalam kemalangan

Remaja Maut Kemalangan Diseret Lebih 40 KM | Assalamualaikum dan selamat sejahtera diucapkan kepada para pembaca yang dikasihi sekalian. Maut tidak menganal usia, pangkat, darjat, mahupun harta kekayaan. Begitulah yang terjadi kepada seorang remaja apabila maut diseret oleh lori sejau lebih kurang 40 Kilometer. Ikuti berita lanjut.

IPOH: Seorang penunggang motosikal maut dan anggota badannya hancur selepas terbabit dalam kemalangan dipercayai dengan kenderaan berat sebelum diseret sejauh lebih 40 kilometer, awal pagi tadi.

Dalam kejadian jam 2.30 pagi itu, serpihan daging dan motosikal mangsa jenis Honda EX5 ditemui di Kilometer 274.2 arah Selatan kira-kira 800 meter ke susur keluar Ibu Pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan Ipoh.

Serpihan daging dan sebahagian tangan serta kaki mangsa kemudian turut ditemui Kilometer 317 kawasan Tapah arah Selatan.

Pemeriksaan melalui nombor pendaftaran motosikal yang ditemui, mangsa dikenalpasti sebagai Ahmad Mahmud, 25, beralamat di Lot 15 Kampung Majidi, Serdang, Kedah yang dalam perjalanan dari kampungnya ke tempat kerja di kilang PROTON di Tanjung Malim, dekat sini.

Ketika kejadian keadaan cuaca baru lepas hujan dan jalan licin.

Difahamkan ibu mangsa sudah dimaklumkan mengenai kemalangan ngeri itu.

Takziah kepada keluarga beliau. – Sumber

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments