Remaja Lelaki Terbang Selama 5 Jam Diatas Tayar Pesawat

Budak Lelaki Terbang Selama 5 Jam Dalam Tayar Pesawat

Remaja Lelaki Terbang Selama 5 Jam Diatas Tayar Pesawat | SAN JOSE, California — Seorang budak lelaki berusia 15 tahun telah menemui jalan masuk ke dalam landasan lapangan terbang dan memanjat tayar sebuh pesawat, lalu terbang selama lima jam yang dingin ke Hawaii .

Menurut FBI, remaja tersebut, yang tinggal di Santa Clara, California, melompat keluar dari tayar kiri bahagian depan pesawat Boeing 767 setelah pesawat tersebut mendarat di landasan lapangan terbang Maui. Pihak berkuasa telah menemui pelajar terbabit yang merayau di kawasan lapangan terbang tanpa sebarang dokumen pengenalan diri. Dia disoal oleh FBI dan dibawa oleh ambulan ke hospital, di mana dia dikatakan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Jurucakap FB di Honolulu, Tom Simon berkata remaja tersebut telah memanjat tayar kiri bahagian hadapan pesawat yang pertama dilihatnya di San Jose. “Dia sangat bertuah kerana dapat pergi ke Maui tetapi dia bukan mensasarkan Maui sebagai destinasi,” Kata Simon.

Budak Lelaki Terbang Selama 5 Jam Dalam Tayar Pesawat

Budak itu pengsan semasa berada di atas udara dan tidak sedarkan diri sehinggalah satu jam setelah pesawat mendarat di Hawaii, tambah Simon lagi. Setelah sedar, dia melompat turun dari tayar pesawat tersebut dan dilihat serta-merta oleh petugas lapangan terbang yang kemudiannya mengiringi remaja itu ke dalam lapangan terbang di mana dia disoal-selidik oleh FBI

Ia masih menimbulkan tanda tanya tentang bagaimana budak tersebut dapat kekal hidup di permukaan yang tidak mempunyai tekanan, di mana suhu boleh jatuh di bawah angka sifar dan udaranya terlalu nipis untuk manusia kekal berada dalam keadaan sedar.

Jurucakap Lapangan Terbang Antarabangsa San Jose, Rosemary Barnes menyatakan bahawa pekerja lapangan terbang mengawasi video keselamatan yang diperolehi daripada seluruh kawasan lapangan terbang yang seluas 1,050 hektar itu selama 24 jam setiap hari. Walau bagaimanapun, tiada siapa yang perasan imej seseorang yang tidak dikenalpasti berjalan di kawasan lapangan terbang dan menghampiri Hawaiian Airlines Flight 45 dalam gelap sehinggalah ejen keselamatan melihat semula rakaman video itu setelah pesawat mendarat di Hawaii dan setelah budak lelaki itu ditemui.

Beberapa jam kemudian, video pengawasan di Lapangan Terbang Kahului menunjukkan budak itu sedang keluar daripada tayar beberapa ketika setelah pesawat mendarat. Video tersebut tidak disebarkan kepada umum oleh kerana sisatan yang masih berjalan. (AP)

Jangan ada yang meniru aksi budak ini untuk nak jimat duit tambang kapal terbang ye :3

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments