Rebiu Filem Bersama Abang Joe: Bencinta (2013)

benci

Rebiu Filem Bencinta (2013)

Trailer: http://www.youtube.com/watch?v=HkaZJIeIvpc
Our Rating: 5.2/10 (Rating tinggi sikit pun pasal gambar dan rakaman dia lawa)
Classification: PG-13

Synopsis

Nora Danish headlines the film as the lead actress in “Bencinta 350MB“, which is actually derived from the words “benci” and “cinta” in Malay, translated to hate and love, respectively. The film tells the story of a newly wedded couple whose relationship sours when Faizal, the rich husband, begins having affairs and turns abusive. Trapped in the destructive marriage due to conservative societal values, Fathia runs away to Langkawi and takes refuge with her best friend. Before they realise it, the two fall in love, but Fathia first has to deal with her husband.

Tonton Trailer:

Classification: P13
Genre: Romance
General Release Date: 26 Sep 2013
Running Time: 1 Hour 54 Minutes
Distributor: Metrowealth
Cast: Farid KamilNora DanishFezrul KhanZalif Sidek
Director: Eyra Rahman
Format: 35MM, 2D

Rebiu Filem:

Filem romantik (tetapi diterapkan dengan kebencian) Bencinta DVDRip ini adalah arahan Eyra Rahman mengenai suami isteri yang tidak sehaluan setelah mendirikan rumah tangga lakonan Nora Danish dan Farid Kamil.

Ianya merupakan filem ke-3 arahan beliau selepas filem Aku Terima Nikahnya dan Dua Kalimah yang mula ditayangkan pada 26 September 2013 di pawagam. Sewaktu malam pratonton filem ini tempoh hari, melihat gandingan Nora Danish dan Farid Kamil membuatkan aku teringat babak dalam Filem Cuti Cuti Cinta lakonan mereka sebelum ini.

Memang nampak mereka serasi bersama melakonkan babak romantik. Filem ini juga amat mudah difahami jalan ceritanya walaupun pada permulaan, jalan ceritanya agak longgar dan plot yang hendak dipersembahkan pula amat ringan. Permulaam filem yang terlalu pantas untuk mencapai permasalahan utama, para penonton akan dibawakan dengan suatu keadaan di mana kita bakal terpinga-pinga dengan apa yang berlaku.

Fathia kerja tukang masak pasta di sebuah restoran. Lokasi restoran pun kita tak tahu di mana, tup-tup muncul watak Faisal yang terus jatuh cinta dengan Fathia pandang pertama. Yang anehnya, sebenarnya Faisal sudah lama mengintai Fathia dengan kerjasama rakannya yang berlagak gangster, Kamal. Tetapi apa perhubungan antara Faisal dan Kamal tidak pula dipertontonkan dalam filem ini. Babak Kamal amat sedikit jika hendak dibandingkan dengan watak yang dibawanya sepatutnya babaknya lebih banyak.

Tak mungkin seorang yang diupah untuk mencari orang yang hilang akan habis tanggungjawab begitu sahaja. Teknik garapan dan rakaman yang dibuat untuk filem ini amat kemas. Hasil dan kualitinya memang patut dibanggakan ditambah pula dengan lokasi penggambarannya yang banyak dibuat di Utara tanah air iaitu di Langkawi. Namun, beberapa kesilapan kecil yang banyak kali berulang sememangnya mampu menghilangkan mood dan konsentrasi penonton yang peka terhadap perubahan sekeliling mereka.

Antara kelemahan utama dalam filem ini adalah, banyak babak yang dipaparkan tidak selari dengan jalan cerita serta pemilihan tempat rakaman untuk sesuatu babak langsung tidak tepat. Mungkin bagi orang luar, filem ini dan lokasi rakamannya sudah cukup bagus. Tetapi tidak bagi orang yang berasal daripada Langkawi, kami melihat banyak kelemahan babak disitu. Antaranya adalah ketika babak Fathia, Tiara dan 2 orang rakannya di stesen bas. Babak di mana ketika Amin dan Liya menghantar Fathia dan Tiara ke stesen bas untuk berangkat ke Langkawi. Sebenarnya, kerusi yang mereka duduk itu adalah kerusi di dalam Jeti Mall Pekan Kuah, Langkawi.

Mungkin ramai penonton tidak perasan kelemahan-kelemahan kecil seperti ini. Satu hal lagi, pakaian yang dipakai oleh Tiara tidak berubah walaupun sudah lebih 2 hari (mengikut jalan cerita) berlalu. Baju sejuk merah dan t-shirt putih yang dipakainya tidak bertukar dari stesen bas sehinggalah mereka tiba di Langkawi dan masuk ke rumah Shah. Beberapa babak lagi yang lemah dalam filem ini saya kira tidak patut diperkatakan kerana walaupun ianya banyak berulang tetapi tidaklah sehingga mengganggu mood penonton sepenuhnya. Hanya bagi sesetengah orang, mereka memang cerewat sehinggakan babak Liya bertemu dengan Fathia di rumah Faisal pun pasti mereka akan perasan, di mana ketika awal Fathia dan Liya duduk di kerus di ruang beranda, mereka tidak memegang apa-apa gelas dan tiada air dihidangkan. Namun selepas shot angle berubah, tiba-tiba sudah ada segelas air sirap di tangan Liya yang sudah separuh diminum.

Oh ya, watak Shah dan Kamal sebenarnya ada masalah besar. Pada awalnya abang Joe pelik, bila tiba-tiba watak Shah muncul di jeti Feri, Langkawi. Rupanya Shah adalah rakan kepada Fathia semasa mereka berada di rumah anak yatim dahulu. Oh! Sekali lagi penonton dikejutkan dengan satu lagi keanehan yang sepatutnya tidak berlaku. Fathia anak yatim ke dulu? Oh my God.. Sungguh tidak sesuai watak dan babak mereka itu, sebut mengenai anak yatim tetapi sedang berada di atas kapal atau feri 5 star kepunyaan Blue Waters. Ya lah, mungkin mereka dah berjaya dalam kerjaya, so banyak dapat income. Nak naik feri dari Perlis ke Langkawi  pun naik yang 5 star punya feri siap duduk di atap lagi bersiar-siar. Anehnya lagi, ketika Fathia melarikan diri dari Langkawi ke Perlis, sudah naik feri biasa kelas ekonomi pula. Mungkin kelemahan seperti ini tidak diperhatikan sepenuhnya oleh pengarah. Namun, kelemahan seperti inilah yang harus diperhatikan oleh para pengarah filem agar dapat meningkatkan lagi mutu penggambaran mereka di masa akan datang.

Inilah antara kelemahan yang sering berlaku dalam banyak filem-filem terbitan Malaysia. Mereka kurang menumpukan kepada perkara-perkara kecil mungkin kerana menganggap itu hanyalah perkara remeh. Tetapi, yang remeh itulah sebenarnya besar. Kalau kita lihat, sebuah filem yang sungguh baik dan bagus yang sering menang anugerah filem di luar negara, kesemuanya sangat menekankan babak yang remeh agar diperbaiki. Dengan memperbaiki babak yang remeh itulah mereka akan dapat meningkatkan mutu filem mereka sekaligus mengangkat filem itu ke persada dunia sebagai sebuah filem yang amat bagus. Setelah babak yang remeh kita perhatikan dengan baik dan diperbetulkan, maka secara tak langsung, babak-babak lain yang lebih utama akan bagus dengan sendirinya.

Pesanan abang Joe buat para pengarah filem di luar sana, silalah lebih perihatin dan teliti dalam membuat filem di masa akan datang ya! Jangan hilangkan mood abang Joe untuk terus menonton filem Melayu. Abang Joe tetap akan support korang dengan menonton ke pawagam atau sekurang-kurangnya menonton DVD Original atau di Tonton.com.my.

 

Kelebihan Filem Bencinta (2013)

1. Jalan ceritanya mudah dan ringkas serta senang difahami.

2. Mengajar kita cara untuk berdikari dan keluar dari zon selesa. Andai kata kita berhadapan masalah besar, maka kita harus mencari jalan penyelesaiannya sendiri.

3. Mengajar kita untuk melawan dan terus menentang agar terus jadi lebih kuat dan matang.

4. Teknik rakaman yang cantik dan kemas, bukan macam filem 1 Lawan Satu tu yang entah apa-apa je rakamannya.

 

Keburukan Filem Bencinta (2013)

1. Mengajar orang perempuan untuk jadi kurang ajar kepada suami serta melawan suami.

2. Mengajar orang perempuan untuk tinggal serumah dengan lelaki lain walaupun diri tu masih lagi sah sebagai isteri orang lain. Okay, ni point paling utama dalam filem ni selain melawan suami dan terus menentang. Point ini sangat buruk untuk ditonjolkan kepada orang awam. Mujur point ni tak berapa ditampilkan kehadapan sangat. Besar padahnya kepada masyarakat tau! Abang Joe anggap mungkin pengarahnya atau orang yang rapat dengan pengarah ni pernah mengalami situasi sama dalam filem, agaknya.

3. Banyak kelemahan dari segi lokasi shot filem.

4. Terlalu banyak menampilkan dan menunjukkan kemewahan. Ditambah pula dengan jalan cerita yang menggambarkan sebuah keluarga mewah pada awalnya bahagia namun diakhiri dengan pecah belah cerai berai. Mungkin inilah realiti jadi orang kaya. Abang Joe tak pernah lagi merasa hidup mewah. Atau mungkin ini juga antara point utama pengarah iaitu ingin menampilkan kehidupan sebenar orang kaya. Tapi, kadang-kadang tu muak jugak, asal filem cinta je mesti semua nak mewah. Tak sabar rasanya nak tunggu filem terbaru Johan Asaari dan Siti Saleha tu, teringin nak tengok Johan basking kat tepi Jalan TAR. Harap dalam filem tu nanti tak ada babak orang kaya mewah yang meluat nak ditonton!

5. Banyak kelemahan-kelemahan kecil sehingga mengganggu mood abang Joe menonton. Sebagai contoh, watak Tiara ketika berada di Langkawi, apabila ada orang tanya nama dia, maka akan dijawab, “Nama saya Nora Danish” sambil ibunya, Fathia (lakonan Nora Danish) ada disamping. Nampak macam janggal.. euuu..

6. Sesuatu watak yang ada dalam filem ini tidak diperkenalkan dengan baik. Misalnya, Faisal kerja apa pun kita tak tau. Kamal tu kawan dengan Faisal daripada mana sampai mana pun tak tau. Tiba-tiba je Faisal arah Kamal cari Fathia dan Tiara. Tapi bila Fathia datang balik nak lawan Faisal, mana pergi si Kamal??

7. Watak si Shah pun banyak kelemahan. Awal-awal watak Shah muncul nampak macam seorang penyayang dan baik serta perihatin terhadap wanita. Rupanya dia seorang yang pernah kecewa menanti cinta tak kunjung balas. Tiba-tiba masa Shah makan dengan Fathia dalam satu babak, si Shah ni berubah watak dengan menyebut “Come on lah… ni Shah la, takkan tak kenal. Satu Langkawi ni aku punya…” Kemudian berubah kembali jadi watak lemah lembut. Pelik kejap disitu.

8. Watak Tiara harus dimantapkan. Sangat kurang membantu watak Tiara, hanya sekadar jadi penyeri hidup dua orang berumah tangga. Seharusnya watak Tiara yang dilakonkan Adik Adriyana ni perlu dikuatkan dan dikemaskan lagi. Admin teringat movie Curse of Chucky, watak Alice dalam filem ni sangat memberangsangkan dan mengujakan. Bayangkan, seorang kanak-kanak kecil boleh menjayakan watak sehebat itu untuk sebuah filem seram bertaraf dunia. Abang Joe rasa, watak Alice dengan Tiara ni sebaya atau lebih kurang sikit je…

9. Sebenarnya banyak lagi kelemahan yang harus diperbaiki, tapi malaslah abang Joe nak cakap satu-satu. Tak ada apa pun yang harus dibanggakan kecuali lokasi rakaman dan shot filem yang menarik. Itu sahaja. Cuma nak puji sikitlah watak Faisal lakonan Farid Kamil tu. Memang power lakonannya. Respek habis!

10. Lakonan Nora Danish agak kurang memberangsangkan kali ini. Kurang penghayatan dan kurang penjiwaan terutama ketika babak-babak berkasih sayang antara Fathia dan Tiara.

Rating Filem: 5.2/10 (Harus tonton, pasal gambar dia lawa dan watak Nora Danish serta Farid Kamil sangat berkesan penghayatannya)

Telah ditonton: Pada 13 Oktober 2013 daripada DVD Original copy yang dibeli di Speedy KL Festival City, Danau Kota.

 

Okay lah, abang Joe sebenarnya penat dah ni nak mebebel panjang. Ada banyak lagi filem yang abang Joe kena tonton nanti. Takut tak sempat pula nak buat review filem lain. Ada Psiko Pencuri Hati arahan Nam Ron dan juga Dampak arahan pengarah Cina, Lai Yuk Long.

Abang Joe tinggalkan korang kat sini sahaja ya. Sampai ketemu dalam review akan datang… InsyaALLAH nanti abang Joe akan buka blog sendiri. Bagi korang yang minat baca review abang Joe, teruskan membaca disini dan di blog abang Joe akan datang nanti ya !!

Korang belum tonton Bencinta (2013)? Jangan risau, DVD Original masih ada di pasaran. Kalau tak mampu beli, jom layan di Pencurimovie: Bencinta (2013) DVDRip 480p

 

Sekian,

Nukilan Abang Joe.
13 Oktober 2013.

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.

Comments

comments

7 thoughts on “Rebiu Filem Bersama Abang Joe: Bencinta (2013)”

  1. I do trust all the ideas you have introduced in your post.
    They are very convincing and can definitely work. Nonetheless, the posts are too short for newbies.

    May you please extend them a bit from subsequent time?
    Thank you for the post.
    web traffic for sale recently posted…web traffic for saleMy Profile

  2. kucinghitam says:

    tak tengok pun tp 5/10 so mcm xberbaloi ja nak pi tgk

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge