Rahsia Dan Kebaikan Tidur Celah Ketiak Suami

tidur-bawah-ketiak.jpg

Rahsia Dan Kebaikan Tidur Celah Ketiak Suami | Assalamualaikum dan selamat sejahtera Dr Fuh ucapkan kepada semua pembaca yang dikasihi. Bunyi tajuk ni memang pelik. Tapi sebenarnya tak pelik pon sebab dah dibuat kajian bahawa Isteri yang tidur dibawah ketiak suami dengan berbantalkan lengan suaminya dapat memberikan kebaikan dan manfaat dari segi kesihatan. Tak percaya? Jom baca artikel kajian dibawah ini.

Dari bancian ke atas 10 ribu pasangan yang berkahwin (sumber kajian MOHEMA) hanya kira-kira 45% sahaja isteri yang tidur berbantalkan lengan suami selepas 3 tahun berkahwin.

Dan hanya tinggal 21.7% sahaja isteri yang masih tidur berbantalkan lengan suami selepas 10 tahun usia perkahwinan. Tahukah kaum isteri, bahawa hormon bau phero yang di rembes dari ketiak lelaki/suami boleh mengaktifkan hormon wanita/isteri hingga mereka merasa damai dan tenang? Sebenarnya hampir 65% bau badan lelaki/suami datang dari celahan ketiak dimana kelenjar phero paling aktif.

Jadi para isteri semua, ketepikanlah bantal-bantal anda, tidurlah di atas lengan suami hingga ke pagi, hampirkan hidung di celahan ketiaknya. Tidak di nafikan anda akan peroleh pengalaman yang cukup rilex dan tenang. Ianya tanda bahawa bau phero suami anda sedang bertindak balas dengan kelenjar hormon anda (pengalaman ini hanya perempuan sahaja yang tahu bertapa asyik dan rilexnya)…

FAKTA…. Serius….

Dan dari kajian itu juga menyatakan isteri yang tidur di atas lengan suami akan tidur lebih lena dan mencapai tahap 7 hingga 8 dalam tahap lena tidur.

Dan peringatan untuk lelaki/suami, jangalah cukur ketiak anda togel, biarkan sedikit atau trim sikit aje bulu-bulu itu yang merupakan ejen penyebar bau phero yang di senangi wanita.

Jadi…pada isteri-isteri semua, anda semua praktikan ke tidur atas lengan suami? Suami-suami semua, adakah anda cukur licin ketiak atau biarkan berbulu?

Sumber

Dr Fuh – Yang tak kahwin lagi tu jangan dok menggedik nak tidur bawah tiak bf korang, Dr Fuh rejam sampai mati satgi kot!

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments

One thought on “Rahsia Dan Kebaikan Tidur Celah Ketiak Suami”

  1. amir zahari says:

    Hahaha.. ini untuk yg sudah berkahwin sahaja okeh.. sejauh mana kesahihannya kena la kawin tanya pasangan..mihmihhmih..
    amir zahari recently posted…Perempuan Cantik Rupa HuduhMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge