Rahsia “Bar Code” Pada Buah-Buahan Yang Mungkin Anda Tidak Tahu

buah-epal.jpg

Rahsia “Bar Code” Pada Buah-Buahan Yang Mungkin Anda Tidak Tahu | Assalamualaikum dan selamat sejahtera Dr Fuh ucapkan kepada semua pembaca yang Dr Fuh kasihi sekalian. Jika kita perasan, buah-buahan dan sayur-sayuran yang dijual di pasaraya mempunyai bar code masing-masing. Tapi pernahkah kita ambil tahu apakah maksud disebalik bar code tersebut?

Ada sebab mengapa setiap buah-buahan dan sayur-sayuran dilekatkan pelekat seperti di dalam gambar. Apa maksud nombor yang ada di pelekat itu?

Berikut adalah perkara asas yang perlu anda ketahui apabila membaca label :

1) Jika hanya ada 4 digit nombor pada PLU, itu bermakna produk itu ditanam secara konvensional atau tradisional, dengan penggunaan racun serangga. 4 digit terakhir kod PLU hanyalah penerangan mengenai jenis buah atau sayur. Sebagai contoh, semua jenis pisang akan dilabelkan dengan kod 4011.

2) Jika ada 5 digit nombor pada kod PLU dan nombor itu bermula dengan “8″, ini bermakna produk itu adalah produk GMO. Sebagai contoh, pisang yang mempunyai kod 84011 adalah pisang GMO.

3) Jika ada 5 digit nombor pada kod PLU dan nombor bermula dengan “9″, itu bermakna produk itu ditanam secara organik (tanpa racun serangga dan bukan GMO). Sebagai contoh pisang organik, kodnya adalah 94011.

Dr Fuh – Sempat pulak nak belek bar code pada buah-buahan dan sayur-sayuran tersebut kan? – Sumber

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments

2 thoughts on “Rahsia “Bar Code” Pada Buah-Buahan Yang Mungkin Anda Tidak Tahu”

  1. kucinghitam says:

    ic macam tu ker tak pernah pulak belek barcode kat buah

  2. Abdul Hafiz says:

    Kalau sayur pulak.. Ada x barcode macam barcode kat buah ni? (Terasa ingin tahu)
    Abdul Hafiz recently posted…Sejarah, Maksud Ngap Sayot dan Awang MahyanMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge