Punca Kenapa Ramai Orang Tidak Memiliki Rumah

home-insurance_0.jpg

Punca Kenapa Ramai Orang Tidak Memiliki Rumah

 

Baru-baru ini, terdapat satu laporan menyatakan hampir 60% penjawat awam tidak memiliki rumah sendiri.Ini adalah antara bukti yang menunjukkan punca kenapa ramai orang  tidak memiliki rumah sendiri.Namun begitu adakah anda sebenarnya tahu apakah sebabnya ramai yang tidak mampu memiliki rumah sendiri?Apakah masalah ini serius?,atau ianya tidak penting bagi diri anda?

Ramai yang mengeluh kerana harga rumah hari ini semakin hari semakin mahal. Ramai juga semakin sedar dengan kepentingan rumah untuk pelaburan dan tempat tinggal. Pelbagai sebab kenapa kita kena beli rumah. Di sini saya senaraikan 7 sebab kenapa masih ramai diluar sana tidak memiliki rumah!

1-Tiada Modal (Masalah Kewangan)

 

Isu : Ini merupakan satu punca yang agak biasa didengari. Selain dari modal tunai, part kelayakan loan juga menjadi satu isu sama ada dari segi rekod CCRIS mahupun Debt Service Ratio (DSR).
i- berbalik kepada konsep pengurusan kewangan peribadi.Jika pengurusan kewangan peribadi bermasalah,sampai bila-bila anda tidak akan meiliki rumah sendiri.Anda akan jadi penyewa sampai bila-bila!

 

2-Harga Rumah Terlalu Mahal

Isu : Harga rumah di kawasan bandar terlalu mahal. Bukan di dalam lingkungan harga kemampuan orang biasa,Ini juga disebabkan kepadatan penduduk dan juga permintaan yang tinggi dari orang ramai.Jika terdapat banyak permintaan tidak mustahil rumah yang dahulunya 300k akan naik harganya sehingga berlipat ganda!
Solution? : Sebenarnya masih banyak rumah mampu milik di bawah harga rm100k jika anda rajin mencari.Anda boleh mencari iklan rumah di Mudah.my atau cari senarai hartanah lelong. Rumah-rumah berharga dibawah rm50k pun masih boleh dijumpai. Isu ini lebih kepada mindset seseorang. Rumah pertama mesti menginginkan rumah idaman yang harga lebih rm500k – rm1 juta.

 

3-Tidak Faham Proses / Tiada Ilmu Tentang Pembelian Rumah

Isu : Tidak pernah terlibat dengan urusan jual beli rumah. Tidak tahu hendak mula dari mana, apa yang perlu disediakan.
Solution? : Banyak kelas dan seminar dibuka samada percuma atau berbayar. Buku pun banyak dicetak. Malah ramai agent-agent hartanah di luar sana yang sudi nak berkongsi ilmu.Jika masih takut,hubungi saudara mara dan sahabat handai  yang sudah memiliki rumah.Mungkin mereka akan kongsikan ilmu kepada anda dan juga memperbetulkan kesilapan yang pernah mereka lakukan ketika membeli rumah.
4-Takut Ditipu Agent/Owner

 

Solution?: Sering kali terdengar kes agent/owner tipu pembeli. Dah dapat deposit, hilang tanpa dapat dikesan.
Cara Atasi : Berkait rapat juga dengan ilmu. Bila ada ilmu, risiko ditipu dapat dikurangkan. Selain dari itu, dapatkan khidmat agent dari agensi yang berdaftar. Kalau agen lelong, cari lah agen lelong yang reliable dan ada good track record. Insya Allah selamat.

 

5-Belum Jumpa Rumah Idaman

Punca Kenapa Ramai Orang Tidak Memiliki Rumah

Isu : Nak rumah landed dua tingkat corner dekat dengan tempat kerja. Ada taman permainan depan rumah. Senang nak ajak orang datang rumah. Nak buat openhouse pun tak malu dengan sedara mara. Tapi jumlah pendapatan isi rumah baru Rm2000 sebulan.
Solution? :Ini adalah masalah diri yang tidak berpihak di bumi yang nyata ni. Tidak salah berimpian tapi jangan sampai hanya jadi angan-angan. Apa salahnya bermula mengikut kemampuan dahulu. Bila dah betul-betul mampu, baru la cari rumah idaman.

 

 

6-Kurang Kesedaran 

Isu :Ramai yang kurang sedar betapa pentingnya memiliki rumah sendiri.Mereka lebih gemar memiliki kereta mewah dari memiliki rumah.

Solution?:Tak salah memiliki kereta mewah,tetapi lebih baik memiliki rumah dahulu kerana rumah adalah aset bernilai dan tidak akan susut harga berbanding kereta.

 

6-Umur Masih Muda

Isu :Ini adalah isu yang sentiasa ada didalam mind set seseorang.Bagi mereka lebih baik membeli rumah ketika umur 40-50 ataupun menggunakan duit epf atau pencen.

Solution?:Umur muda adalah waktu terbaik memiliki rumah kerana jangka masa untuk anda meminjam loan di bank adalah lebih lama.Jumlah pembayaran juga akan menjadi murah kerana faktor umur anda.Tak salah memiliki rumah menggunakan epf dan duit pencen.Tetapi adakah anda sedar ketika waktu itu rumah idaman anda masih boleh dimiliki dengan harga yang murah?fikirkan!

 

7-Takut

Isu :Takut juga adalah salah satu punca ramai memiliki rumah.Ini kerana rasa takut untuk menanggung beban memiliki rumah menjadi antara punca mereka masih menyewa rumah.Tidak juga ada yang takut loan rumah tidak lulus.

Solution?:Beli ikut kemampuan,bersusah-susah dahulu,bersenang-senang kemudian.Tidak rugi membayar rumah anda,ini kerana harga rumah akan meningkat setiap tahun!

Kalau dilihat, dari 7 punca diatas dan kenapa ramai orang tidak memiliki rumah, Ada diantaranya lebih kepada isu mindset atau alasan semata-mata. Tanpa perubahan mindset,hidup anda tidak akan berubah!
Percayalah!

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.

shinchan

Good Game Well Play!

Latest posts by shinchan (see all)

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge