Punca Kematian Tragis Eksekutif Penerbangan AirAsia X

kematian-eksekutif-airasia-x.jpg

Punca Kematian Tragis Eksekutif Penerbangan AirAsia X | Kematian eksekutif penerbangan Shahrinawati Abu Bakar (gambar bawah) lebih tragis daripada laporan sebelum ini dengan fakta baru diterima.

Polis petang ini mengesahkan beliau bukan sahaja dilanggar malah barangannya turut dirompak.

Ketua Polis Ampang Amiruddin Jamaluddin berkata seorang saksi bersama rakannya membawa Shahrinawati ke hospital namun sudah terlambat.

“Saksi melihat dua lelaki cuba merompak beliau. Dia kemudian mengundurkan kereta bagi menghalang penjenayah tetapi malangnya terkena mangsa,” kata Amiruddin.

Laporan awal mendapati mangsa maut disebabkan cedera parah namun hasil penyiasatan mendapati sebaliknya.

Dua penjenayah melarikan diri menggunakan motosikal Yamaha LC berwarna hitam dan seorang daripada mereka keciciran dompet.

Kejadian berlaku di hadapan kondominium Palm Villa di Taman Cempaka di mana mangsa tinggal bersama tiga adiknya.

Shahrinawati, 30, diserang ketika keluar dari kenderaan pada jam 2.45 pagi.

Siti Mariam Mohd Hanif, 23, rakan kepada mangsa, berkata Shahrinawati seorang ketua yang baik.

“Dia seorang yang tegas bila bekerja dan dihormati ramai,” katanya yang kali terakhir berjumpa mangsa pada petang Rabu ketika sesi taklimat.

Bapa mangsa, Abu Bakar Jemain, 53, ketika ditemui di rumah mayat Hospital Kuala Lumpur kelihatan tenang.

“Ini sudah ditakdirkan. Biar polis yang menyiasat,” katanya.

Rakan dan saudara hadir ke Masjid Nurul Hidayah Pandan Indah petang tadi bagi memberikan penghormatan terakhir. – 29 Ogos, 2013.

Sumber Sepenuhnya – The Malaysian Insider

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments

5 thoughts on “Punca Kematian Tragis Eksekutif Penerbangan AirAsia X”

  1. anuar says:

    Innalillahiwainnalillahirajiun.. semoga roh arwah ditempatkan di sini orang 2 yang beriman. ..
    anuar recently posted…Bakal Menjadi Contest SEO dalam Sejarah?My Profile

  2. Aman MatNor says:

    salam takziah kepada keluarga mangsa.Al-Fatihah
    Aman MatNor recently posted…[INFO] Kalendar Cuti Umum dan Cuti Sekolah Malaysia 2014My Profile

  3. hafiz says:

    semoga rohnya aman disana…
    hafiz recently posted…Mini Giveaway Blogger Kacak HafizRahimMy Profile

  4. cik Ain says:

    takziah untuk keluarganya…

  5. Semoga dia berada disisi orang beriman…
    Aniqbukhary32 recently posted…Girlfriend sama macam anjing?My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge